Langgan newsletter kami!
Tya Adnan Berhijab Comel

Biodata Tya Adnan, Isteri Shukri Yahya

Biodata Tya Adnan | Mesti anda tertanya-tanya siapa Tya Adnan ini? Tya Adnan merupakan isteri kepada pelakon kacak iaitu Shukri Yahaya. Selepas berkahwin, figura cantik ini mengambil keputusan untuk berundur dari dunia lakonan demi menguruskan hal ehwal rumah tangga serta bisnes onlinenya.

Untuk rekod, Tya Adnan banyak membintangi filem berbanding drama mahupun telefilem. Antara filem-filem lakonannya seperti Ular, Sunti dan Karak.

Biodata Penuh Tya Adnan

  • Nama Penuh: Siti Nurfatihah Binti Ahmad Adnan
  • Nama Komersil: Tya Adnan
  • Tarikh Lahir: 3 Januari 1992
  • Umur: 25 Tahun (2017)
  • Asal: Pulau Pinang
  • Keluarga: Anak bongsu daripada empat adik-beradik
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Shukri Yahaya
  • Nama Anak: Aaira Ameena
  • Kerjaya: Pelakon dan Usahawan (Pemilik Butik Tya Adnan Bridal Boutique)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Filem: Ular, Karak dan Sunti
  • Twitter: twitter.com/tyaadnan_
  • Instagram: instagram.com/tyaadnan

Trivia Menarik Tya Adnan

  1. Menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihan hati, Shukri Yahaya pada 20 November 2015 selepas mengikat tali pertunangan pada 11 Januari 2013.
  2. Hasil perkahwinan berkenaaan, pasangan serasi ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aaira Ameena yang lahir pada 20 Ogos 2016.
  3. Mula menjalinkan hubungan cinta pada 10 Februari 2010 setelah berkenalan di set pengambaran filem Ular.
  4. Duta kepada produk Ammum Materna.
  5. Menjalankan bisnes atas talian dengan menjual teh detoks di bawah jenama Limitoxless bersama suaminya.
  6. Shukri menyifatkan isterinya sebagai pasangan paling tepat memandang Tya sentiasa bersamanya di saat sukar mahupun senang.
  7. Pernah ditahan di hospital swasta apabila disahkan dijangkiti virus leptospirosis atau kencing tikus.
  8. Seperti selebriti yang lain, pasangan merpati dua sejoli ini turut membuka akuan Instagram untuk anaknya iaiti @aairaameena yang kini mempunyai lebih 300,000 pengikut.
  9. Mempunyai lebih 400,00 pengikut di Instagram miliknya.

Baby Bump Artis Tya Adnan Mengandung

Gambar Stylo Tya Adnan

Kecantikan Semulajadi Tya Adnan

Tya Adnan Bercermin Mata Hitam Dengan Lipstik Merah

Tya Adnan Bertudung Hitam

Tya Adnan Cium Kekasih Hati

Tya Adnan Dan Anaknya

Tya Adnan Dengan Gaya Cermin Mata Bulat

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: