Langgan newsletter kami!
Gambar Ungku Hariz

Biodata Ungku Hariz, Pelakon dan Suami Jihan Muse

Sedar atau tidak, sudah hampir 10 tahun artis bernama Ku Hariz atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli bergelar anak seni di dalam dunia lakonan. Lahir dari sebuah program mencari bakat, anak jati Selangor ini bukan sahaja aktif di pentas teater malahan banyak membintangi drama dan telemovie tempatan.

Namanya mungkin tidak sepopular isterinya iaitu Jihan Muse, namun figura bertubuh kecil ini mempunyai bakat yang tidak boleh dipandang enteng. Pernah juga satu ketika beliau dilabelkan sebagai menumpang populariti isterinya. Namun beliau menganggap krititikan tersebut sebagai asam garam kehidupan seorang selebriti.

Terkini, drama lakonannya berjudul Biniku Ninja bersama Jihan Muse sedang ditayangkan di Astro Oasis dan Astro Maya HD bermula 29 May 2017 lalu.

Biodata Ku Hariz

  • Nama Penuh: Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli
  • Nama Komersil: Ku Hariz
  • Tarikh Lahir: 6 Februari 1985
  • Umur: 32 Tahun (2017)
  • Asal:, Selangor
  • Kerjaya: Pelakon dan Aktivis Teater
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Jihan Muse
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama/Telefilem: Biniku Ninja, 7 Hari Mencintaiku, Namaku Ben, Urusan Hati Cik Drama Queen, Cinta 100kg, Isteri Separuh Masa, Jihan Cari Calon Suami, Jihan Bodek Mak Mertua, Jodoh 2, Seteguk Kasih Bonda, Ammara Batrisya dan banyak lagi.
  • Filem: Polis Evo dan Kimchi Untuk Awak
  • Teater: Dia Semanis Honey Muzikal, Dendam Tantari, Kembang Layarku, Hexa X Unus, Monodrama Lagenda Dato Dol Said dan banyak lagi.
  • Twitter: www.twitter.com/ungkuhariz
  • Instagram: www.instagram.com/ungkuhariz
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Ungku_Hariz

Trivia Menarik Ku Hariz

  1. Merupakan finalis program mencari bakat pelakon iaitu Pilih Kasih 2.
  2. Mula selektif dalam memilih watak lakonan kerana seringkali mendapat watak sebagai seorang pelajar sekolah menengah dan mahasiswa.
  3. Mengakui faktor fizikal yang rendah, kecil dan berwajah jambu memaksanya membela misai agar kelihatan dewasa.
  4. Mula mengenali Jihan Muse di pentas teater.
  5. Menjalinkan hubungan cinta selama 9 tahun sebelum diijabkabulkan pada 20 Mac 2016.
  6. Pasangan merpati dua sejoli ini mengimpikan untuk mempunyai tiga orang cahaya mata.
  7. Pernah dicalit kontroversi menumpang populariti isterinya.
  8. Pernah tersenarai sebagai Pelakon Lelaki Terbaik bagi Anugerah Tribute P.Ramlee 2015.
  9. Mempunyai hampir 300,000 pengikut di instagram miliknya.

Gambar Nikah Ku Hariz Dan Jihan Muse

Gambar Ungku Hariz

Ku Hariz Dan Mark Adam

Ungku Hariz Dan Telatah 3 Gadis

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: