Langgan newsletter kami!
Ustaz Don Daniyal

Biodata Ustaz Don Daniyal, Pendakwah Bebas Popular

Siapa yang tidak kenal dengan pendakwah bebas tanah air, Ustaz Don Daniyal? Kelibat figura ini mula mencuri tumpuan ramai apabila mengendalikan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di saluran TV Al- Hijrah sejak Oktober 2011. Sejak itu, namanya mula mencanak naik sebagai salah satu pendakwah bebas popular serta sering kali muncul di kaca televisyen dan diundang ke majlis ilmu agama.

Selain penceramah bebas, anak jati Pulau Pinang ini bergelar pensyarah di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Jom kita berkenalan dengan Ustaz Don Daniyal ini.

Biodata Ustaz Don Daniyal

  • Nama Penuh: Don Daniyal Don Biyajid
  • Nama Komersil: Ustaz Don Daniyal
  • Tarikh Lahir: 14 November 1984
  • Umur: 33 Tahun (2017)
  • Asal: Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
  • Keluarga: Anak kedua dari empat adik-beradik
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Husna Zahry Rafie
  • Kerjaya: Pendakwah Bebas dan Pensyarah
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Rancangan TV: 30 Minit Bersama Ustaz Don, Suara Hati, Muhasabah Diri, Assalamualaikum dan Ihya Ramadan.
  • Facebook: facebook.com/daniyalbiyajid

Trivia Menarik Ustaz Don Daniyal

  • Merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir.
  • Menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati, Husna Zahry Rafie pada 2012.
  • Mempunyai dua orang cahaya mata lelaki bernama Don Mustofa dan Don Ibrohim.
  • Berjinak-jinak dengan dunia penulisan dengan menghasilkan buku tulisan sendiri yang bergenre islamik iaitu Syariat Itu Mudah, Kahwin Itu Indah dan Solat & Selawat.
  • Mula menghafaz al-Quran selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
  • Aktif berpidato sejak zaman persekolahan lagi.
  • Pernah menjuarai pidato iaitu Pertandingan Bahas al-Quran Ala Parlimen pada 2002 dan dianugerahkan pendebat terbaik oleh Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Malaysia ke Kaherah pada 2007.
  • Pernah menganggur selama enam bulan selepas tamat pengajian di Mesir pada 2008.
  • Ketika menganggur, Ustaz Don membuka Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di surau di kampung halamannya untuk membantu penduduk setempat tentang asas pendidikan Islam.
  • Turut menjalankan bisnes pakaian seperti jubah dan kurta di bawah label Don & Dona.

Gambar Ustaz Don Daniyal Dan Isteri, Husna Zahry Rafie

Ustaz Don Daniyal Biyajid Berpakaian Pejabat

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

One comment

  1. assalamualaikum boleh saya dapatkan no telefon ustaz don

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: