Langgan newsletter kami!
Ustaz Ebit Lew

Biodata Ustaz Ebit Lew

Biodata Ustaz Ebit Lew | Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya ‘Ustaz Ebit Lew‘ disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Beliau pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku. Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya. Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.

Biodata Ustaz Ebit Lew

Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau

Tarikh Lahir : 21 Disember 1984

Umur: 33 Tahun (2017)

Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur

Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik

Bangsa : Cina

Agama: Islam

Status : Berkahwin

Pendidikan :

  • SK Bukit Ridan (1991-1996)
  • SMK Muadzam Shah (1997-1999)
  • SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
  • SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)

Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas

Pencapaian :

  • Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
  • Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
  • Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
  • Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
  • Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.
  • Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.

Antara tips murah rezeki yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam hidup seharian;

“Dua kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita.
Sayang dan jaga isteri dengan baik, jaga solat.
Sebelum mulakan kerja, solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah duhulu..”

“Tidak pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW. Tiada yang boleh memberi bahagia selain dari Allah SWT”

Maklumat lanjut mengenai aktiviti Ustaz Ebit Lew boleh didapati melalui website:

#KeluargaSunnah

Ustaz Ebit Lew Dan Isteri

Gambar Santai Ustaz Ebit Lew

Print Friendly, PDF & Email

About Marina

Berpendidikan agama dari UNISZA dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang beliau ada untuk manfaat komuniti.

7 comments

  1. Roslan kamaruzaman

    As Salam ustaz…
    Bagaimana saya he dak berhubung dgn ustaz .
    Saya pernah berjumpa dgn ustaz di Masjid Al Zakirin Selayang.

    Kalau tak keberatan boleh kah saya mendapat contact nombor ustaz .
    Saya boleh di hubungan di 0123058535 Roslan.

    Sekian terima kasih… Wassalam

  2. Assalam ustaz saya berhajat nak panggil ustaz buat ceramah untuk rakyat Malaysia di Bahrain macam mana saya nak hubungi ustaz?
    +973 38904364

    • Mohd Saharuddin bin Nasran

      Assalamualaikum…
      Bagaimana sy dapat berhubung dengan Ustaz.
      Khidmat nasihat Ustaz amat saya perlukan.
      0183991934
      Terima Kasih

  3. Assalamualaikum ust…kalua ust xkeberatan sy nk no telefon ust….sy nk mnta tlg ust untuk menyelamatkan seseorang yg telah murtad….no telefon saya 01158509088

  4. Assalamualaikum Ustaz. Saya berhajat untuk mendapat sedikit bantuan daripada ustaz. Bukan bantuan kewangan atau sebarang kebendaan. Sebenar nya saya ingin dapatkan pendapat/pandangan atau maklumat/kerjasama dari ustaz. Saya bercadang untuk memenjayakan satu program multimedia untuk manfaat ummah khususnya saudara-saudara baharu dari berbagai bangsa baik dalam negara atau pun di luar MAlaysia. SAya tidak dapat hendak terangkan di sini. Oleh itu, sukacitacita kiranya dapat Ustaz berikan alamat email ustaz supaya dapat saya hantarkan kertas kerja/proposal bagi projek multimedia tersebut. Saya boleh dihubungi di 0172030 289. Sekian ribuan terima kasih Ustaz.

  5. Ustaz ebit anak yg ke 10…bukan 3..

  6. Wan Azmi Bin Mohd Zainuddin

    Saya nak minta tolong sedikit kewangan sebanyak 3000 untuk menampong kehidupan setelah diberhentikan kerja kerna kilang tutup operasi…hubungi saya 012 5959729 wan azmi ipoh perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: