Biodata Wani Syaz, Penyanyi Bersuara Lunak

Imej Bertudung Wani Syaz Melayu Girl

Baru-baru ini penyanyi lagu Pendusta Cinta, Wani kini mahu dikenali sebagai Wani Syaz. Ini berikutan terdapat pelbagai kekeliruan di kalangan peminat. Penjenamaan semula dirinya ini kerana ada beberapa penyanyi lain yang turut menggunakan nama pangkal Wani.

“Ada orang yang pernah memanggil saya dengan nama Wany Hasrita, Wani Kayrie dan begitulah sebaliknya. Bagaimanapun, saya tidaklah berkecil hati atau marah. Namun, bagi mengelakkan perkara sama berulang, saya memutuskan untuk membuat penjenamaan semula terhadap nama saya menjadi Wany Syaz. Nama itu pun diambil daripada nama penuh saya sendiri.”

Wani Syaz sebelum ini pernah juga dikenali dengan nama Wani Alhamdulillah berikutan judul single yang dinyanyikannya ketika itu. Tidak kurang juga ada yang memanggil dengan nama Wani GGV dan Wani Lepaskan. Nasibla ye, jangan tertukar dengan Adik Wani Dikir Barat Kelate sudah la.

Biodata Wani Syaz

  • Nama Penuh: Nursyazwani Binti Selamat
  • Nama Komersial: Wani Syaz
  • Tarikh Lahir: 6 Jun 1995
  • Umur: 22 tahun (2019)
  • Asal: Batu Pahat, Johor
  • Kerjaya: Penyanyi dan Komposer
  • Adik-Beradik: Anak bongsu daripada dua beradik
  • Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan, Batu Pahat, Johor
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Label: Fantasia Music City (FMC)
  • Lagu Hits: I Cinta Jer, Lepaskan, Alhamdulilah ft. Juzzthin, Pendusta Cinta, Sinar Terindah (lagu raya)
  • Penglibatan: Gema Gegar Vaganza 2017 (musim pertama)
  • Twitter: @wanimusic_
  • Instagram: @wanisyazofficial

Perkara Menarik Tentang Wani Syaz

  1. Mula menunjukkan bakat menyanyi sewaktu di sekolah rendah dengan aktif memasuki pertandingan nasyid, kugiran sekolah dan juga pertandingan tilawah al-Quran.
  2. Mempunyai bakat mencipta lagu dan bermain alat muzik.
  3. Single pertama berjudul I Cinta Jer digubah sendiri olehnya dengan mendapat sentuhan susunan muzik dari komposer terkenal, AG Coco.
  4. Berkawan rapat dengan penyanyi Wany Hasrita.
  5. Menetap di Batu Pahat, Johor.
  6. Sering berulang-alik antara Batu Pahat dan Kuala Lumpur bagi memenuhi komitmen seni. Untuk rekod, Wani Syaz menguruskan perniagaan restoran milik keluarganya.
  7. Ramadan ini, Wani Syaz menjual chicken chop di Bazar Ramadan Sri Medan, Batu Pahat.
  8. Jika ke Kuala Lumpur, Wani Syaz seringkali menumpang tidur di rumah Wany Hasrita.

BFF Berhijab Wani Syaz Dan Wany Hasrita

Foto Wani Syaz Dan Hael Husaini

Gambar Solo Wani Syaz

Gaya Hoodie Artis Bertudung Wani Syaz

Imej Bertudung Wani Syaz Melayu Girl

Wani Syaz Berpeluk Dengan Sarah Suhairi

Wani Syaz Bersama Ibu Dan Adik Beradik

Wani Syaz Dan Nabila Razali

Wani Syaz Dan Siti Nordiana

Wani Syaz Dan Wany Hasrita

Wani Syaz Solekan Tebal

Wani Syaz Zaman Dulu Waktu Sekolah


Carian Berkaitan
wani syaz, wani syaz biodata, biodata wani syaz, penyanyi wani syaz

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Anggota 4U2C, One II Meninggal Dunia
Anggota kumpulan 4U2C, One II atau nama sebenarnya Nirwan Siari meninggal dunia akibat
Telefilem Dah Mati Pun Cantik (Astro)
Dah Mati Pun Cantik adalah tajuk sebuah telefilem terbaharu yang akan ditayangkan di
Drama Dia Pengantinku (TV1 RTM)
Dia Pengantinku adalah sebuah drama bersiri 24 episod yang bakal bersiaran melalui Slot
Filem Kolong (2019)
Kolong adalah sebuah filem berunsurkan seram hasil gabungan artis Malaysia dan Indonesia. Ia
  1. author

    Nur Haslina binti Hassan4 months ago

    Assalamualaikum nak nembor wany hasrtia
    Hai

    Reply
    • author
      Author

      Azhan4 months ago

      Ini Wani Syaz.. bukan Wany Hasrita.

      Reply
  2. author

    muhd isaac daniel4 months ago

    saya nak nmbr wani syaz

    Reply

Leave a reply "Biodata Wani Syaz, Penyanyi Bersuara Lunak"