Langgan newsletter kami!
Image Of Hijab Girl Wanna Ali

Biodata Wanna Ali, Penyanyi & Pelakon Yang Comel

Nama Wanna Ali mungkin masih kurang dikenali peminat seni tanahair, namun tahukah anda bahawa Wanna Ali merupakan antara penyanyi kesayangan komposer terkenal Ajai. Kini Wanna Ali muncul sebagai pelakon dalam telefilem berjudul ‘Khalifahkah Aku’ yang ditayangkan di Slot Cerekarama TV3 pada Sabtu, 4 Ogos 2018, 9:00 malam.

“Orang kenal saya menerusi lagu Lepaskan. Ketika itu saya berusia 15 tahun. Setelah itu saya ada keluarkan beberapa lagu. Saya kena akur terpaksa bersaing dengan penyanyi baharu yang naik menerusi aplikasi Instagram, YouTube dan Smule. Agak susah jugalah tapi ia satu persaingan yang sihat. Tetapi saya perlu bersabar mungkin siapa tahu pada lewat usia 20-an ada rezeki saya untuk mengecap tangga populariti”

Untuk makluman juga, Wanna Ali merupakan anak kepada Datuk Normashayu Puteh (Datuk Ayu Puteh) iaitu pemilik Opiel Secrets dan produksi Pencil Pictures Sdn Bhd. Bukan calang-calang orang juga rupanya. Semoga Wanna Ali terus sukses dalam bidang seni. Lagipun usia masih muda dik!

Biodata Wanna Ali

  • Nama Penuh: Nor Syazwana binti Mohd. Ali
  • Nama Popular: Wanna Ali
  • Umur: 21 Tahun (2018)
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Melayu
  • Adik-Beradik: Anak kedua daripada empat beradik. Abangnya bernama Fian Ali.
  • Pendidikan:
    – Mendapat 7A 2B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    – Ijazah Sarjana Muda Pemasaran di Universiti Nottingham, Jalan Broga, Semenyih, Selangor
  • Kerjaya: Penyanyi dan Pelakon
  • Lagu/Single: Lepaskan, Tak Mengapa (feat. Juzzthin), Jika Kau Benar, Stop Kamu, Jika Kau Benar
  • Drama: Abang Lori Ohsem
  • Telefilem: Khalifahkah Aku, Papa Sayang
  • Filem: Bo-Peng, Aku Ada Kau Ada, Tokan
  • Instagram: @wannaali_
  • Facebook: @WANNAAli
  • Email: wannaali97 [at] gmail.com

Foto Selfie Wanna Ali

Gambar Wanna Ali

Image Of Hijab Girl Wanna Ali

Pengantin Wanna Ali

Wanna Ali Bertudung

Wanna Ali Cantik Berhijab

Wanna Ali Dan Erra Fazira

Wanna Ali Dan Ibu (Datuk Ayu Puteh)

Wanna Ali Tanpa Makeup

Wanna Ali Yang Comel Memakai Tudung

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: