Langgan newsletter kami!
Foto Yusuf Iskandar Dan Kucing Comel Bujibu

Biodata Yusuf Iskandar, Putera Comel Hairul Azreen & Hanis Zalikha

Yusuf Iskandar, satu nama yang tidak asing lagi di persada seni hiburan Malaysia. Kanak-kanak ini merupakan anak kepada pasangan pelakon popular tanah air iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Sama seperti anak-anak selebriti tempatan yang lain, si cilik comel ini juga turut terkena tempias dunia populariti sejak dilahirkan lagi. Menariknya, Yusuf Iskandar mempunyai laman sosial tersendiri yang diuruskan oleh Hairul dan Hanis buat tatapan para pengikutnya.

Jom kita berkenalan dengan kanak-kanak popular ini.

Biodata Yusuf Iskandar

  • Nama Penuh: Yusuf Iskandar Bin Hairul Azreen
  • Nama Komersil: Yusuf Iskandar
  • Tarikh Lahir: 3 Jun 2016
  • Umur: 2 Tahun (2017)
  • Zodiak: Gemini
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak sulung
  • Nama Ayah: Hairul Azreen
  • Nama Ibu: Hanis Zalikha
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Rancangan TV: Hairul Hanis Junior (Astro)
  • Instagram: instagram.com/theyusufiskandar

Fakta Menarik Tentang Yusuf Iskandar

  1. Dilahirkan pada jam 8.15 malam (Jumaat) dengan berat 3.85 kilogram.
  2. Mempunyai rancangan realiti sendiri iaitu Hairul Hanis Junior yang memaparkan perjalanan ibu bapanya berkongsi detik manis menyambut kelahiran Yusuf Iskandar.
  3. Mempunyai 1.3 juta pengikut di Instagram.
  4. Instagram @theyusufiskandar berkenan diaktifkan pada 4 Julai 2016.
  5. Mempunyai kucing kesayangan yang dipanggil Bujibu Chempel.
  6. Selain foto-foto menarik, video-video lucu Yusuf yang dimuatnaik berjaya mencuri perhatian pengikutnya dan tular di media-media sosial tempatan.
  7. Dinobat sebagai Si Cilik Meletop di Anugerah Meletop ERA 2017.
  8. Merupakan si cilik yang stailo dan comel.
  9. Menerusi instagram @theyusufiskandar, Hanis turut berkongsi petua dan pengalamannya menjaga dan mengurus si cilik berkenaan. Antara petua-petua yang dikongsi adalah seperti proses berpantang, resepi makanan bayi dan cara menjaga anak yang masih kecil.

Anak Selebriti Popular Yusuf Iskandar

Foto Yusuf Iskandar Dan Kucing Comel Bujibu

Hairul Azreen, Hanis Zalikha Dan Anaknya Yusuf Iskandar

Keluarga Bahagia Yusuf Iskandar

Potret Baby Comel Yusuf Iskandar

Telatah Yusuf Iskandar Dan Bujibu

Yusuf Iskandar Dan Bapanya

Yusuf Iskandar

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: