Biodata Zarul Umbrella, Dari Penyanyi Ke Dunia Pelakon

Gambar Zarul Umbrella

Zarulkefli Husin atau nama pentasnya Zarul Umbrella atau Zarul Husin kembali meniti dibibir peminat selepas menyertai Gegar Vaganza (GV) 2016. Menerusi program realiti nyanyian berkenaan, anak jati Kelantan ini dinobatkan tempat ketiga.

Berbekalkan bakat sedia ada serta rupa paras yang kacak dan dikatakan antara artis yang awet muda sedikit sebanyak melonjakkan semula namanya di industri seni hiburan tanah air.

Jom kita berkenalan dengan vokalis kumpulan Umbrella yang popular sekitar tahun 90-an ini.

Biodata Zarul Umbrella

  • Nama Penuh: Zarulkefli Husin
  • Nama Komersil: Zarul Husin / Zarul Umbrella
  • Tarikh Lahir: 13 November 1973
  • Umur: 44 Tahun (2017)
  • Zodiak: Scorpio
  • Asal: Pasir Puteh, Kelantan
  • Tempat Tinggal: Kajang, Selangor
  • Keluarga: Anak bongsu daripada lima adik-beradik
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Intan Nur Fathihah
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi dan Pelakon
  • Pendidikan: SPM
  • Pencapaian: Tempat ketiga dalam Gegar Vaganza (GV) 2016
  • Album: Seribu Rahmat (1995) Hujan Panas (1997)
  • Lagu: Ramalanku Benar Belaka, Jangan Pernah, Satu Rasa (duet dengan Marsha Milan), Penyesalan, Sayang Bersebab, Cuci Tangan dan banyak lagi.
  • Drama/Telefilem: Cik Serba Tahu, Misteri Sofa Lama, Menantu Malam Raya
  • Facebook: https://www.facebook.com/zarulumbrella
  • Instagram: https://www.instagram.com/zarulumbrella

Trivia Menarik Biodata Zarul Ubrella

  1. Pernah berkhidmat selama lebih 10 sebagai pramugara Malaysia Airlines sejak tahun 2000 lagi.
  2. Mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan pertama bernama Putri Nur Ayu Arisha yang kini berusia 20 tahun.
  3. Akibat jodoh yang tidak berpanjangan, Zarul berkahwin buat kali kedua pada 29 April 2010 dengan wanita bernama Intan Nur Fathihah yang merupakan seorang pramugari.
  4. Mempunyai dua kelab peminat iaitu Zarulians FC dan Zarul High Flyer.
  5. Menarik diri daripada kumpulan Umbrella pada tahun 1998. Bergabung kembali pada 2011 dan masih aktif sehingga kini serta sering diundang membuat persembahan pentas.
  6. Semasa beraksi di pentas Gegar Vaganza 3, Zarul mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan.
  7. Apabila ada masa lapang, Zarul akan ke gimnasium sebanyak tiga kali seminggu. Jika sibuk, figura ini melakukan senaman sendiri di rumah selama 20 minit.
  8. Merupakan cat lover. Memiliki seekor kucing bernama Achoon yang dipelihara sejak tahun 2009. Beliau juga turut memberi makanan kepada kucing-kucing yang datang di belakang rumahnya.
  9. Menjadi Penulis Undangan di akhbar Utusan Malaysia (Panca Indera Mingguan Malaysia) menerusi kolum Zarul Tetap Payung dengan berkongsi kisah suka duka kehidupannya.
  10. Mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram miliknya.

Pelbagai Gaya Zarul Umbrella

Gambar Zarul Umbrella

Kecik Hyper Act Dan Zarul Umbrella

Wajah Isteri Zarul Umbrella Intan Nur Fathihah


Carian Berkaitan

biodata zarul umbrella, isteri kedua zarul umbrella

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Zarul Husin #Biodata Zarul Umbrella #Zarul Husin #Zarul Umbrella #Zarul Umbrella Biodata

Biodata Karl Shafek, Pengacara CJ Wow Shop
Biodata Karl Shafek | Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran satu masa dahulu, membuka
5 Chef Selebriti Malaysia Popular Masa Kini
Siapa kata jadi tukang masak atau chef tidak boleh popular. Chef Wan, Chef
Biodata Fadza Anuar, Suami Vivy Yusof dan CEO FashionValet.com
Jika anda peminat setia program Love, Vivy yang ditayang di Astro Ria 104,
Biodata Johan Raja Lawak, Pelawak Versatil Popular
Selepas menyertai program Raja Lawak musim pertama, jenama Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz

Leave a reply "Biodata Zarul Umbrella, Dari Penyanyi Ke Dunia Pelakon"