Langgan newsletter kami!
Gaya Rambut Baru Zizan Razak

Biodata Zizan Razak, Pelawak Yang Versatil

Selepas menyertai rancangan Raja Lawak musim pertama, jenama Zizan Razak semakin gah di persada hiburan tempatan. Daripada seorang pelawak, pelantun lagu ‘Bawaku Pergi’ ini mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan.

Sedar atau tidak, Zizan kini sudah berkecimpung dalam industri hiburan tanah air lebih lapan tahun sejak bergelar anak seni. Apakata kita mengenali jejaka dari negeri penyu bertelur ini dengan lebih dekat.

 

Biodata Zizan Razak

  • Nama Sebenar: Mohd Razizan Abdul Razak
  • Nama Pentas: Zizan Razak (turut dikenali sebagai Zizan Raja Lawak)
  • Tarikh Lahir: 15 April 1984
  • Umur: 32 Tahun (2016)
  • Asal: Dungun, Terengganu
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Keluarga: Anak bongsu daripada dua adik-beradik
  • Kerjaya: Pelawak, Pelakon, Rapper dan Pengacara
  • Single: Bawaku Pergi dan Infinti Cinta (Kaka Azraff), Selamat Tinggal (Dina Nadzir) serta Cobaan
  • Host: Melodi, Raja Lawak, Bolos, Zizan Show, Akademi Fantasia (AF) dan banyak lagi.
  • Drama: Geng Raya Zizan, Chapalrela, Hantu Selfie, Hantu Wefie dan banyak lagi
  • Filem: Hantu Kapcai, Hantu Bonceng, Kl Gangster, KL Gangster 2, Cinta Kura-kura, KL Zombi,    Cicakman 3, Bikers Kental, Mael Lambong, Polis EVO dan banyak lagi
  • Facebook: Zizan Razak Official
  • Twitter: @zizanrajalawak
  • Instagram: http://instagram.com/zizanrazak869
  • Fan Club: Zizan’s True Fans (ZTF)

 

Trivia Menarik Zizan Razak

  1. Seorang yang manja, kelakar, gila-gila dan peramah.
  2. Rakan artis yang paling rapat dengannya adalah Johan Raja Lawak.
  3. Pernah mencuba nasib di Akademi Fantasia (AF) 4 tetapi tidak berjaya.
  4. Selain Emma Maembong, beliau pernah digosip dengan beberapa artis seperti Juliana Evans, Ummi Nazeera dan Mira Filzah.
  5. Memiliki perniagaan restoran iaitu Burgerbyte dan kedai serbaneka, ZizanMart.
  6. Pernah menjadi duta kepada Kit Kat, baju melayu Jakel, Sony Malaysia dan 11Street Malaysia bersama Elizabeth Tan.
  7. Selain naib johan Raja Lawak musim pertama (2007), beliau pernah dinobatkan juara Super Spontan 2012 dan Super Sportan All Stars 2015, Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Anugerah Hero Terhebat (Anuegrah Blokbuster) serta Bintang Filem MeleTOP dalam Anugerah MeleTOP Era 2016 menerusi filem Polis EVO.
  8. Berjinak-jinak dalam dunia perlumba kereta sejak awal tahun 2016.

Gambar Zizan Razak Ketika Di Mekah

Gaya Rambut Baru Zizan Razak

Gambar Segak Zizan Razak Berkacamata Hitam

Gambar Zizan Razak Bersama Peminat

Kenangan Percintaan Zizan Razak Dan Emma Maembong

Kereta Sport Zizan Razak (EVO 10) Dan Aaron Aziz (Skyline R35 GTR)

Zizan Razak Selfie Bersama Rakan Sekerja

Gambar Lucu Zizan Razak Gemuk

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: