Langgan newsletter kami!
Boboiboy Movie 2 Poster

BoBoiBoy The Movie 2 – Sinopsis & Tarikh Tayangan

BoBoiBoy: Movie 2 adalah filem yang sangat dinantikan oleh penggemar animasi pada tahun 2019. Filem ini diterbitkan oleh Animonsta Studios dengan kerjasama Astro Shaw dan akan ditayangkan secara serentak di lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam. Tarikh tayangan filem animasi ini ialah pada 8 Ogos 2019.

Kos pembikinan filem kedua BoBoiBoy ini dikhabarkan menelan belanja keseluruhan sebanyak RM7 juta. Di samping animasi yang hebat, filem ini juga diserikan dengan lagu tema berjudul Fire & Water yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir.

Info Filem BoBoiBoy: Movie 2

  • Tajuk Filem: BoBoiBoy: Movie 2
  • Tarikh Tayangan: 8 Ogos 2019 (release date)
  • Genre: Animasi, Aksi
  • Pengarah: Nizam Abdul Razak
  • Produksi: Animonsta Studios Sdn Bhd dan Astro Shaw
  • Pelakon: Nur Fathiah Diaz, Fadzli Mohd Rawi, Dzubir Mohammed Zakaria, Wong Wai Kay, Nur Sarah Alisya Zainal Rashid dan Yap Ee Jean

Sinopsis Filem BoBoiBoy: Movie 2

Kali ini BoBoiBoy menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. Dia dan rakan-rakannya perlu menghalang musuh terbaru ini dari meneruskan rancangan jahatnya.

Mengisahkan tentang BoBoiBoy dan rakan-rakannya telah diserang oleh Retak’ka, pengguna asal Kuasa Elemental. Retak’ka ingin merampas semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy dan menggunakannya untuk menguasai galaksi. BoBoiBoy dan rakan-rakannya perlu mencari cara untuk menghentikan Retak’ka dan menyelamatkan galaksi dari ancamannya.

Teaser & Trailer BoBoiBoy: Movie 2

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: