Langgan newsletter kami!
Gambar Bangunan Kementerian Kewangan Malaysia

Bon Pelaksanaan VS Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP)

Arahan Perbendaharaan (AP) 200.2 menetapkan Bon Pelaksanaan dikenakan bagi kontrak kerja melebihi RM200,000. Sebelum sesuatu kerja dimulakan, kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan sebanyak 5% dari jumlah harga kontrak. Namun, bagi meringankan bebanan dan memudahkan kontraktor kerja tempatan mengemukakan Bon Pelaksanaan, kerajaan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5/2007 bersetuju membenarkan Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) sebagai alternatif kepada Jaminan Bank atau Jaminan Insurans.

 

Maksud Bon Pelaksanaan

Bon Pelaksanaan adalah suatu aku janji tidak bersyarat (unconditional undertaking) oleh sesuatu institusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan untuk membayar kepada Kerajaan suatu amaun tertentu atas tuntutan (on demand) sekiranya Kontraktor tidak atau gagal mematuhi, memenuhi dan melaksanakan obligasinya di bawah kontrak.

Dalam ertikata lain, Bon Pelaksanaan ialah satu bentuk jaminan yang wajib disediakan oleh pihak kontraktor yang telah disetujuterima oleh pihak klien iaitu pihak kerajaan sebelum ia memulakan kerja di tapak.

 

Maksud Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP)

Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) pula adalah sejumlah wang yang dipegang oleh kerajaan bagi memastikan kontraktor memenuhi dan melaksanakan obligasinya di bawah kontrak yang ditandatangani. Kontraktor akan dikenakan potongan sebanyak 10% dari bayaran kemajuan pertama dan seterusnya sehingga ia mencapai jumlah 5% dari nilai keseluruhan kontrak. WJP boleh dikembalikan 50% selepas Perakuan Siap Kerja dikeluarkan dan 50% lagi dilepaskan setelah tamat tempoh tanggungan kecacatan atau setelah Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan mengikut mana yang terkemudian.

Dalam ertikata lain, Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) ialah satu kaedah alternatif penyediaan bon pelaksanaan sekiranya kontraktor gagal atau tidak dapat mengemukakan bon dalam bentuk jaminan bank. Cara pelaksanaan kaedah ini ialah melalui pemotongan bayaran interim sebanyak 10% sehingga ia mencapai nilai 5% daripada harga kontrak.

 

Persamaan Antara Bon Pelaksanaan & Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP)

  • Nilai adalah 5% daripada jumlah harga kontrak. (Bagi Kontrak Kerja).
    (Katakan harga kontrak termasuk semua kos adalah RM 1 Juta. Jadi nilai bon pelaksanaan ialah RM1,000,000 x 5% = RM 50,000)
  • Tempoh sah laku jaminan bermula dari tarikh kuatkuasa kontrak sehingga 12 bulan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan. Tempoh sah juga perlu dilanjutkan sekiranya tempoh kontrak dilanjutkan. (Bagi Kontrak Kerja)
  • Pelepasan 50% daripada nilai Bon Pelaksanaan/WJP boleh dibuat sekiranya berpuas hati setelah Sijil Perakuan Siap Kerja dikeluarkan dan baki 50% lagi hendaklah dilepaskan setelah Perakuan
    Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan. (Bagi Kontrak Kerja)

 

Perbezaan Antara Bon Pelaksanaan & Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP)

Bon Pelaksanaan Vs Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP)

Sumber: Bahagian Konsultatif & Referal Teknikal, ICU JPM

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: