Langgan newsletter kami!

Buah Zuriat: Penawar Bagi Yang Ingin Hamil Atau Sukar Mendapat Anak

Buah Zuriat merupakan tumbuhan yang tumbuh di tanah Arab yang mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan terutamanya sebagai penawar bagi mendapatkan zuriat. Buah Zuriat juga dikenali sebagai Buah Adam Hawa atau dengan nama Buah Doum di kalangan masyarakat Arab. Ia juga merupakan buah yang sangat popular di kalangan jemaah haji dan umrah.

Asal Buah zuriat adalah adalah dari Hulu Mesir, namun ia juga boleh ditemui di Sudan, Sudan Selatan, Kenya dan Tanzania. Tinggi pokoknya boleh mencapai 15.2 meter (50 kaki) dan memiliki batang yang ramping dan cabang yang halus, masing-masing berujung dengan kecil, berwarna hijau, daunnya seperti kipas. Bersesuaian dengan nama yang diberi, buah ini dijadikan minuman herba untuk membantu suami isteri yang mengalami masalah kemandulan atau sukar untuk memperolehi zuriat. Buah Zuriat asli berbentuk buah yang sangat keras. Untuk mendapatkan isinya, ianya perlu dibelah dengan parang untuk mendapatkan isi di dalamnya. Ia tidak boleh dibelah hanya dengan menggunakan pisau kerana tersangat keras. Setelah dibelah, isinya direbus dan air rebusannya perlu diminum setiap hari.

Buah Zuriat Di Belah Dua Buah Zuriat

Buah Zuriat bersesuaian untuk para suami dan isteri yang telah lama berkahwin namun masil gagal untuk mendapatkan zuriat. Dengan izin Allah, sudah ramai yang berjaya hamil dengan meminum air rebusan Buah Zuriat ini. Buah Doum atau Buah Zuriat mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan sangat terkenal di kalangan penduduk Makkah dan Madinah.

Berikut adalah kelebihan, khasiat dan manfaat Buah Zuriat:

  • Menyebabkan kehamilan (semua dengan izin Allah s.w.t)
  • Merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita, menambah kepekatan air mani lelaki, menguatkan dinding rahim wanita. Sangat sesuai untuk wanita yang pernah keguguran, mandul, dan tidak pernah mempunyai zuriat lagi.
  • Mengaktifkan sel darah yang baru, muda dan hormon yang subur tanpa menjejaskan sel-sel lama.
  • Mengekalkan tahap kesihatan salur darah dan melindungi saraf dari lebihan lemak, glukosa, garam dan asid yang menyebabkan pelbagai penyakit.
  • Merawat masalah darah tinggi, jantung dan saraf seluruh badan.
  • Bersifat anti kanser, anti mikrob malah mengandungi anti oksidan yang tinggi.
  • Menstabilkan lemak kolestrol darah dan merawat diabetis.
  • Membetulkan hormon dalam badan
  • Melancarkan kedatangan haid
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. muhammad khaerul Azzam

    assalammualaikum, tuan ada kenal spe2 yang bole minta kirim buah ni dri tanah arab, sye da msuk 3 tahu perkahwinan tpi blum ada zuriat, mna tahu ini rezeki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: