Buat Sendiri Ais Krim Kelapa Lemak Manis Di Rumah

Resepi Aiskrim Kelapa

Teringat dahulu zaman kanak-kanak, setiap hari akan makan ais krim kelapa sebelum masuk ke kelas di sekolah agama. Rasanya yang lemak manis memang syok, tambah-tambah lagi ketika cuaca panas. Waktu itu, ais krim kelapa cuma 20 sen sebatang! Sekarang harganya sudah lima kali ganda dan jarang dijual di kedai-kedai.

Ternyata, ais krim kelapa ini boleh dibuat sendiri di rumah menggunakan tiga bahan sahaja. Malah, resepi ini lebih sihat berbanding ais krim kelapa di pasaran. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 2 tin santan
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu teh ekstrak vanila

Peralatan yang diperlukan ialah:

  • Pembuka tin
  • Sudu
  • Mesin pengisar
  • Mesin pembuat ais krim (jika ada)
  • Mesin mixer (jika tidak ada mesin pembuat ais krim)

Cara-cara membuatnya ialah:

  1. Sejukkan dahulu santan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum mula membuat ais krim.
  2. Untuk mula, tuangkan kesemua santan ke dalam mesin pengisar.
  3. Kemudian, masukkan gula dan ekstrak vanila. Kisar sehingga halus.
  4. Rasa sebatian dan tambahkan apa-apa yang patut mengikut cita rasa anda dan kisar semula.
  5. Setelah itu, masukkan sebatian ke dalam mesin pembuat ais krim dan ikut arahan pengilang. Anda boleh tambahkan sebarang topping di akhirnya.
  6. Setelah selesai, masukkan sebatian ke dalam bekas yang sesuai disejuk beku dan tutup dengan penutup yang sesuai ataupun pembalut plastik.
  7. Tinggalkan di dalam peti ais dan nikmatinya bila-bila.

Bagi anda yang menggunakan mesin pemutar atau memutar secara manual dengan tangan:

  1. Setelah membuat sebatian, masukkan ke dalam bekas yang boleh disejuk beku dan bekukan selama setengah jam.
  2. Kemudian, keluarkan sebatian dan putarkan sebatian dengan mixer.
  3. Bekukan kembali selama setengah jam dan ulang langkah yang sama sehingga tekstur sebatian anda menjadi berkrim.

Selamat menikmati ais krim anda!

Sumber: thehungrymouse.com


Carian Berkaitan
resepi aiskrim kelapa, resepi ais krim kelapa, cara buat aiskrim guna santan, cara buat aiskrim lemak berkrim

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #coconut icecream #resepi aiskrim kelapa ringkas dan sedap

Resepi Roti Jala Yang Terbukti Sedap dan Tahan Lama
Roti Jala adalah masakan yang versatile dan menjadi kegemaran ramai terutamanya rakyat Malaysia,
Cara Memasak Nasi Goreng Biasa (Simple dan Cepat)
Nasi Goreng Biasa merupakan menu nasi goreng yang paling ‘basic’ sekali. Disebabkan terlalu
Cara Memasak Kangkung Paling Mudah dan Sedap
Masakan kangkung merupakan antara menu yang popular di gerai dan restoran makanan panas. Ia
Resepi Nasi Ayam Paling Sedap Ala Chicken Rice Shop
Nasi ayam merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Menu ini sangat versatile, simple

Leave a reply "Buat Sendiri Ais Krim Kelapa Lemak Manis Di Rumah"