Langgan newsletter kami!
Solat Seorang Diri Di Masjid

Cara Bila Lambat Solat Jumaat (Masbuk)

SOALAN:
Assalamualaikum Tuan,
Saya ingin bertanya bagaimana saya perlu niat solat jumaat jika sampai lambat ke masjid dan solat jumaat telah bermula. Adakah perlu sembahyang zohor 4 rakaat atau adakah perlu niat solat zohor terus atau niat sembahyang jumaat 4 rakaat? Terima kasih.

 

JAWAPAN:
Jawapan ini adalah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis dan penjelasannya telah diperakui oleh oleh Mufti Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda bin Jaya.

Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Jika anda masuk menunaikan solat Jumaat ketika imam sedang rukuk pada rakaat yang kedua atau sebelumnya maka anda hanya perlu menambah satu rakaat sahaja. Ini bermakna anda telah mendapat solat Jumaat tersebut. Ia berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

Mafhumnya: “Sesiapa yang mendapati satu rakaat dari solat Jumaat, maka dia telah mendapat solat tersebut.”
(HR al-Nasa’ie. Dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ – Lujnah Fatwa Arab Saudi)

Adapun jika anda masuk menunaikan solat Jumaat ketika imam telah selesai rukuk pada rakaat yang kedua. Maka ketika itu anda masuk menunaikan solat dengan niat solat Zohor. Ini kerana pada ketika itu anda tidak mendapat walau satu rakaat Jumaat bersama dengan imam, justeru anda tidak mendapat solat jumaat tersebut. Maka wajib ketika itu anda menunaikan solat Zohor 4 rakaat. Inilah pandangan yang lebih kuat dari dua pandangan ulama. Pandangan ini berdasarkan perkataan Ibn Mas’ud:

Maksudnya: “Sesiapa yang mendapati satu rakaat daripada solat Jumaat, maka tambahlah (satu rakaat) yang satu lagi. Jika dia tidak mendapat rukuk (dalam rakaat kedua), maka hendaklah dia menunaikan solat (Zohor) 4 rakaat.”
(Riwayat Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan. Sanadnya dinilai sebagai sahih oleh al-Syeikh Sulaiman bin Nasir al-‘Ulwan)

Daripada permasalahan masbuk Solat Jumaat  di atas, dapatlah disimpulkan bahawa:

  • Jika imam solat jumaat telah pun berada dalam rakaat kedua ketika qiam (berdiri) atau rukuk, makmum berkenaan datang dan sempat bertakbir serta bersama imam sama ada imam berada dalam keadaan qiam atau rukuk. Jika imam telah pun rukuk, makmum berkenaan dapat rukuk bersama imam dan tamakninah di dalam rukuknya. Maka makmum ini dikira telah mendapat rakaat bersama imam. Justeru itu, apabila imam selesai solat jumaat, makmum hendaklah bangun dan menambah satu rakaat lagi dan bacaaanya boleh dibaca dengan kuat. Had akhir untuk makmum bersama imam ialah rukuk (dengan tamakninah).
  • Jika imam solat jumaat dan telah pun berada di dalam rakaat kedua selepas rukuk sama ada imam berada dalam keadaan iktidal, sujud, duduk di antara 2 sujud ataupun tahiyyat akhir. Makmum datang dan terus bertakbir serta mengikut imam. Makmum ini dikira tidak mendapat solat jumaat. Dia wajib menyempurnakan solatnya selepas imam memberi salam dengan menambah rakaat sebanyak 4 rakaat. Bacaannya dibaca perlahan.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: