Langgan newsletter kami!
Serawa Durian Dan Pulut Kukus

Cara Buat Serawa Durian (Pengat Durian)

Buah durian sememang sedap dimakan begitu sahaja, namun jika ada lebihan durian maka anda boleh cuba kelainan dengan menjadikannya sebagai pencuci mulut. Jadi bersempena dengan musim durian sekarang ini, jom kita belajar cara-cara membuat serawa durian atau juga dikenali sebagai pengat durian ataupunĀ bubur durian. Ia sangat sesuai disajikan ketika minum petang.

Resepi serawa durian ini mengandungi sedikit gula melaka kerana terdapat sesetengah orang yang kurang gemar serawa durian yang berwarna terlalu perang. Sajian ini sesuai dinikmati bersama pulut kukus, roti putih ataupun roti jala. Semuanya bergantung pada selera masing-masing. Tetapi untuk kebiasaan, serawa durian selalunya dimakan bersama pulut kukus.

Bahan-bahan Resepi Serawa Durian

Bahan Serawa / Kuah
  • 15 ulas isi durian, bersama biji
  • 1 mangkuk santan (kelapa parut, bukan santan kotak)
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • seketul kecil gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1/2 gelas air
Bahan Pulut Kukus
  • 500 gram pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Membuat Serawa Durian

Untuk serawa durian
  1. Masukkan ulas durian bersama bijinya, santan dan daun pandan di dalam periuk.
  2. Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah yang pekat sebati.
  3. Masukkan gula pasir, gula melaka dan garam.
  4. Teruskan didih di atas api yang perlahan dan kacau sebati.
  5. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  6. Angkat dan hidangkan bersama pulut kukus.
Untuk Pulut Kukus
  1. Rendam pulut selama 2-3 jam.
  2. Panaskan kukusan dan kukus pulut selama 15-20 minit.
  3. Angkat pulut dari kukusan dan masukkan ke dalam mangkuk.
  4. Bancuh santan cair bersama garam.
  5. Tuangkan santan cair kedalam pulut yang panas tadi dan tutup dengan kain.
  6. Rehatkan seketika supaya pulut menyerap kuah santan.
  7. Jika pulut masih keras selepas digaul bersama santan cair, masukkan kembali ke dalam kukusan selama 5 minit, kemudian angkat dan sejukkan.

Ada juga orang yang memasukkan campuran susu cair ke dalam resepi ini agar lebih manis dan berkrim. Jika anda ingin cuba kelainan boleh tambah susu cair dengan nisbah 5 cawan santan, 2 cawan susu cair.

Selamat mencuba!

Serawa Durian Dan Pulut Kukus

Serawa Durian Dan Roti

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: