Cara Lilit Tudung Mengikut Bentuk Muka

Cara Lilit Tudung

Seperti bentuk badan mempengaruhi pakaian anda, bentuk muka juga mempengaruhi pemakaian tudung anda. Ia bukanlah untuk mengekang kebebasan anda untuk bergaya, sebaliknya ia bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan apabila berfesyen. Keseimbangan itu penting dalam semua aspek kehidupan.

Ada beberapa jenis bentuk muka iaitu bujur, bersegi, bulat, segi empat, dan hati. Anda perlu memerhatikan bentuk wajah anda secara teliti di hadapan cermin untuk menentukannya.

Cara Lilit Tudung

Si Muka Bujur (oval)

Bagi anda dengan bentuk muka yang dikatakan sempurna ini, bersyukurlah kerana anda boleh melilit tudung mengikut bentuk muka anda yang sedia ada. Tiada masalah!

Si Muka Bersegi (rectangular)

Bagi yang mempunyai bentuk muka rectangular pula, anda perlu mengurangkan kelebaran bentuk muka anda dengan cara melilit tudung pada hujung bucu kening dan sehabis dahi yang boleh. Kuncinya adalah melilit tudung di bahagian paling belakang, jangan menutup kening dan dahi supaya muka anda nampak lebih panjang.

Si Muka Bulat (round)

Bagi anda yang berwajah bulat, anda mungkin cuba menyorokkan pipi dan dagu di bahagian tepi dan bawah tudung tetapi ini boleh menyebabkan muka anda kelihatan lebih bulat! Sebaliknya, biarkan bahagian tepi tudung jatuh pada pipi anda dan pinkan dengan longgar di bahagian dagu.

Si muka segi empat (square)

Bagi anda yang memiliki bentuk rahang yang menonjol, anda juga perlu pinkan tudung dengan longgar di bahagian dagu untuk menyamarkan bentuk rahang anda serta melilit tudung dengan bulat di bahagian dahi.

Si muka hati (heart)

Jika anda memiliki bentuk muka yang comel ini, anda perlu seimbangkan saiz dahi yang lebar dan dagu yang kecil. Elakkan daripada menambah saiz dahi anda dengan gaya tudung yang berlapis atau bertingkat dan lilitkan tudung pada bahagian bucu rahang anda sebelum dipinkan.

Itu dia garis panduan untuk anda melilit tudung bagi menampakkan bentuk muka yang seimbang. Boleh jadi, anda mempunyai bentuk muka yang berbeza dan unik daripada yang di atas tadi. Oleh itu, anda mestilah mengutamakan keselesaan juga. Asalkan anda selesa dan yakin dengan diri sendiri, anda pasti akan kelihatan menarik.

Leen

Bekas jurukecantikan yang aktif menulis.

More Posts

Loading...

Tags: #Cara Lilit Shawl #Cara Lilit Tudung Bawal

Biodata Datin Ira Ghani, Pengasas Aura Seri
Biodata Datin Ira Ghani Nama Sebenar: Datin Nor Zaina Abd Ghani Nama Komersil: Datin
Adakah Warna Mempengaruhi Mood Seseorang?
Betulkah warna boleh mempengaruhi mood manusia? Jawapannya betul, kajian mendapati warna bukan sahaja
Biodata Datin Maziah Mohamed, Pengasas Almas Beauty & Health
Biodata Datin Maziah Mohamed | Penghulu Segala Produk! Itulah tagline produk kesihatan dan
Memilih Posisi Tidur Yang Betul Untuk Kesihatan & Kecantikan
Tahukah anda, posisi tidur memainkan peranan yang penting dalam kesihatan dan kecantikan kita?

Leave a reply "Cara Lilit Tudung Mengikut Bentuk Muka"