Cara Memasak Kangkung Paling Mudah dan Sedap

Kangkung Tumis Belacan

Masakan kangkung merupakan antara menu yang popular di gerai dan restoran makanan panas. Ia sesuai dijadikan makanan ‘add-on’ kepada makanan utama seperti ikan, daging atau ayam. Tambahan lagi, kangkung sememangnya mudah didapati dan tidak mahal jika dibeli di pasar. Bagi anda yang tinggal di kawasan kampung, sayur kangkung boleh didapati secara percuma ditepi-tepi semak. Selain mudah didapati, kangkung sebenarnya sangat berkhasiat dan sedap dimakan.

Berikut adalah resepi kangkung yang boleh anda cuba.

Resepi Kangkung Goreng Belacan

Bahan-bahan
  • 1 ikat kangkung segar
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili api
  • Sedikit belacan
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • Sedikit air
  • Garam dan gula
Cara Memasak
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air.
  4. Kemudian masukkan kangkung.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak kangkung sehingga sedikit layu (selama 2-3 minit).
  7. Kangkung goreng belacan siap untuk dihidang!

Resepi Kangkung Masak Sos Tiram

Bahan-bahan
  • 2 ikat kangkung segar
  • 1 sudu sos tiram
  • Minyak untuk tumis
  • 3 cili besar
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam mencukupi
Cara Memasak
  1. Potong daun dan batang muda kangkung, lalu cuci hingga bersih dan toskan.
  2. Hiris serong memanjang cili besar, bawang merah dan bawang putih.
  3. Panaskan minyak kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  4. Tambahkan kangkung dan gaul hingga rata.
  5. Setelah separuh masak, tambahkan sos tiram dan kacau kembali sehingga rata.
  6. Tambahkan cili besar yang sudah diiris dan sedikit garam secukup rasa.
  7. Setelah semua bahan masak, angkat dan hidangkan.

Sangat mudah untuk memasak sayur kangkung. Malahan jika anda memasak kangkung dengan resepi yang baru anda belajar ini, anda akan dapat rasa masakan anda saling tak tumpah seperti makan di restoren dan gerai masakan panas.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #resep kangkung #resepi kangkung tumis belacan

Resepi Roti Jala Yang Terbukti Sedap dan Tahan Lama
Roti Jala adalah masakan yang versatile dan menjadi kegemaran ramai terutamanya rakyat Malaysia,
Cara Memasak Nasi Goreng Biasa (Simple dan Cepat)
Nasi Goreng Biasa merupakan menu nasi goreng yang paling ‘basic’ sekali. Disebabkan terlalu
Resepi Nasi Ayam Paling Sedap Ala Chicken Rice Shop
Nasi ayam merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Menu ini sangat versatile, simple
Etika Pemakanan di 5 Negara Asia
Merancang untuk bercuti ke negara Asia? Ini etika pemakanannya! Asia ialah benua yang

Leave a reply "Cara Memasak Kangkung Paling Mudah dan Sedap"