Langgan newsletter kami!
acne pimples jerawat girls
acne pimples jerawat girls

Cara Mengecilkan Liang Pori Hanya Dengan Bahan Semulajadi

Kulit yang licin, lembut, halus dan mulus tanpa sebarang cela sememangnya menjadi dambaan kebanyakan orang lebih-lebih lagi bagi seorang wanita. Seboleh-bolehnya satu liang pori pun tidak mahu kelihatan di wajah. Namun, usia yang semakin meningkat menyebabkan liang pori pada wajah semakin membesar. Liang pori yang terbuka besar menyebabkan kulit muka nampak tidak menarik, kasar, kusam dan tidak bermaya.

Jangan risau kerana anda masih boleh mengecilkan liang pori pada wajah anda dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati pada harga yang sangat murah. Yang penting, anda rajin, konsisten dan sabar untuk mengamalkan tips cara mengecilkan liang pori ini di rumah anda.

Fungsi Liang Pori

Liang pori sangat penting pada kulit. Ini kerana liang pori membantu kulit anda kekal terhidrasi. Selain itu, ia juga berperanan untuk membuang toksin dari kulit dan juga menyerap nutrisi dari luar.

Kebiasaannya, individu yang mempunyai kulit berminyak mempunyai liang pori yang lebih besar daripada normal. Jadi, untuk dapatkan kulit muka yang sihat, amat penting untuk anda pastikan kulit kekal bersih agar liang pori tidak tersumbat dan seterusnya mengakibatkan jerawat.

Sebab Liang Pori Membesar

Banyak faktor yang menyebabkan liang pori pada kulit muka menjadi besar, antaranya:

1) Genetik

Sekiranya ibu bapa anda mempunyai liang pori yang besar, kebarangkalian untuk anda mewarisi trait tersebut juga tinggi.

2) Kulit Berminyak

Apabila kulit muka terlalu berminyak, liang pori akan tersumbat. Ini mengakibatkan kulit mengalami keradangan dan pertambahan sebum. Kesannya, kulit menjadi kurang tegang dan liang pori terbuka lebih besar.

3) Penuaan

Semakin meningkat usia, kadar pertumbuhan sel-sel baru semakin berkurang. Ini menyebabkan kulit semakin kurang anjal dan kendur. Oleh sebab itu, liang-liang pori semakin jelas kelihatan.

Mitos Tentang Liang Pori

Terdapat banyak salah faham tentang liang pori, antaranya seperti di bawah.

1) Menutup dan Menghapuskan Liang Pori

Liang pori pada kulit kita tidak boleh ditutup apatah lagi dihapuskan terus. Ini kerana liang pori ada fungsi yang penting pada kulit anda. Liang pori ini harus terus terbuka agar kulit bebas bernafas. Selain itu, liang pori yang terbuka juga bertujuan untuk mengeluarkan sebum dan toksin dari kulit anda. Apa yang mampu kita lakukan adalah mengurangkan saiz liang pori sahaja.

2) Wap Muka Penyebab Liang Pori Terbuka

Wap/stim muka memang menyebabkan liang pori pada kulit terbuka. Prinsip sains, bila haba tinggi/panas, objek akan mengembang. Tetapi, wap muka sangat elok untuk membersihkan liang pori yang tersumbat. Itulah sebabnya, penting untuk kita menggunakan teknik wap muka yang betul untuk mengelakkan daripada kulit menjadi rosak.

Tips Mudah dan Murah Mengecilkan Liang Pori

Di sini, kami kongsikan 3 cara mudah dan murah untuk mengecilkan liang pori. Anda boleh amalkan setiap hari sebelum tidur.

1) Timun

Timun adalah astringent semulajadi yang baik. Ia boleh mengecilkan liang pori dan memperbaiki tekstur kulit anda.

Cara-cara:

  • Kisarkan timun dengan sedikit air.
  • Tambahkan sedikit perahan lemon.
  • Sapukan jus tersebut pada wajah.
  • Biarkan 15 minit.
  • Bilas dengan air.

2) Tomato

Tomato kaya dengan lycopene yang membantu kulit anda kekal anjal.

Cara-cara:

  • Belah tomato kepada dua bahagian.
  • Gosokkan tomato pada wajah dengan gerakan membulat.
  • Biarkan 15 minit.
  • Bilas dengan air.

3) Ais

Ais bersifat sejuk, ia boleh mengecilkan liang pori pada wajah. Sangat digalakkan untuk meletakkan ais pada muka sebelum anda bersolek untuk meminimumkan liang pori yang terbuka luas.

Cara-cara:

  • Basuh ais.
  • Balut ais dengan kain/tuala bersih.
  • Sapukan kain berisi ais di sekeliling muka selama 5 minit.

Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk mengecilkan liang pori pada wajah. Di sini, kami kongsikan kepada anda cara yang sangat mudah dan murah sahaja.

Orang selalu kata, kalau hendak cantik memerlukan kos maintenance yang tinggi. Betul ke? Tidak semestinya orang yang kaya sahaja boleh cantik. Bagi kami, untuk kekal cantik, cukup sekadar rajin dan berilmu. Tak perlu modal yang tinggi pun, anda tetap boleh miliki kulit wajah yang licin dan cantik.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: