Cara Mengira Zakat Emas di Malaysia

24K Gold Bar

Zakat adalah salah satu dari rukun Islam. Ia membawa pengertian bersih dan suci iaitu membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Zakat terbahagi kepada dua iaitu:

  • Zakat harta – terdiri dari zakat emas dan perak, zakat ternakan, zakat pendapatan, zakat ternakan, zakat galian, zakat tanaman
  • Zakat fitrah – difardhukan ke atas setiap lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan

 

Zakat Emas dan Perak

Emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab. Syarat-syarat diwajibkan mengeluarkan zakat emas adalah seperti di bawah:

  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna milik
  4. Cukup nisab (nilai berat)
  5. Cukup satu haul (dalam kiraan tahun hijriah 354 hari)

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”
(At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

  1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
  2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

 

Cara Mengira Zakat Emas yang Disimpan (Tidak Dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun perlu dikeluarkan zakat. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

  • Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas dan telah menyimpannya selama setahun.
  • Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
    (andaian harga emas semasa RM180.00/gram)
    = 2.5% x 100 gram x RM180
    = RM450

 

Cara Mengira Zakat Emas yang Dipakai (Sebagai Perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’, maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Uruf bermaksud nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata. Nilai uruf adalah berbeza mengikut negeri anda bermastautin.

  • Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas.
    (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda)
  • Contoh: Berat emas yang dipakai sebagai perhiasan ialah 300 gram.
  • Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
    = 300 gram – 150 gram (uruf)
    = 150 gram
  • Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (150 gram x harga semasa)
    (andaian harga emas semasa RM180.00/gram)
    = 2.5% x (150 gram x RM180.00)
    = RM675.00

 

Nilai Uruf Setiap Negeri di Malaysia

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

  • Uruf emas bagi Kedah adalah 150 gram
  • Uruf emas bagi Perlis adalah 170 gram
  • Uruf emas bagi Pulau Pinang adalah 165 gram
  • Uruf emas bagi Melaka adalah RM5,000
  • Uruf emas bagi Johor adalah 850 gram
  • Uruf emas bagi Sembilan adalah 200 gram
  • Uruf emas bagi Selangor adalah 800 gram
  • Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  • Uruf emas bagi Kelantan – tiada uruf
  • Uruf emas bagi Terengganu adalah 850 gram
  • Uruf emas bagi Pahang adalah 200 gram
  • Uruf emas bagi Perak adalah 500 gram
  • Uruf emas bagi Sabah adalah RM5,000
  • Uruf emas bagi Sarawak adalah 775 gram

(Sumber: Laporan Kajian Penetapan Uruf Emas Pakai Negeri Pahang Darul Makmur 2008)

**Kemaskini: Nilai uruf bagi setiap negeri adalah berubah mengikut masa. Sila rujuk Lembaga Zakat negeri masing-masing untuk mendapatkan nilai uruf yang terkini.


Carian Berkaitan

zakat emas kelantan, zakat emas di malaysia, zakat emas malaysia

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara kira zakat emas #kadar zakat emas di malaysia #pengiraan zakat emas #zakat emas kelantan

Senarai Bantuan Badan Kerajaan Untuk Ibu Tunggal & Bapa Tunggal
Dalam hidup ini, kadang kala anda melalui kepahitan yang membuatkan anda rasa buntu.
Cara Semak Baki AEON Kredit
Ramai yang bertanya tentang bagaimana cara untuk menyemak baki pinjaman AEON Credit. Sebenarnya
Panduan Lengkap Cara Buat Duit Dengan Uber
Perkhidmatan Uber kini menjadi satu fenomena baru dalam sistem pengangkutan di bandar-bandar besar
Live Streaming Pembentangan Bajet 2017 Malaysia
Live Streaming Pembentangan Belanjawan Malaysia Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 secara online.
  1. author

    imnajmi5 months ago

    “Zakat harta kau, bukan harta aku..” Huhu teringat ayat Ismet Ulam Raja. Jangan lupa kewajipan ada yang ada dalam rukun islam

    Reply

Leave a reply "Cara Mengira Zakat Emas di Malaysia"