Langgan newsletter kami!

Cara Menguji Kelajuan Internet Anda

Anda mungkin baru sahaja memasang Streamyx atau Unify di rumah atau pejabat anda dan anda tak pasti apakah kelajuan yan diberikan adalah betul dan bertepatan. Jadi, untuk entri kali ini, saya akan kongsikan tips bagaimana untuk menguji kelajuan internet anda. Saya akan senaraikan beberapa online tools yang percuma yang anda boleh gunakan untuk speed test Streamyx atau Unify anda.

Kadang-kadang anda tidak selalunya mendapat kelajuan penuh tentang pakej Internet yang anda langgan disebabkan faktor luaran seperti kualiti talian yang teruk dan beban server TM (Telekom Malaysia) yang sarat di kawasan anda. Jadi, apabila anda merasakan sambungan Internet anda adalah perlahan dan tidak sepatutnya begitu, anda bolehkan cuba ke website di bawah untuk menguji line Internet anda.

1. TM Speedometer

tm speedtest(http://speedtest.tm.net.my)
Ini adalah official speed test daripada TM. Tools yang basic sahaja dan hanya dapat support pengujian sehingga 20Mbps. Sekiranya anda menggunakan Unify yang berkelajuan 30Mbps atau 50Mbps atau yang lebih laju, anda memerlukan tools yang lebih bagus seperti speedtest.net

2. Ookla Speedtest.net

(http://www.speedtest.net)
Speedtest.netSpeedtest.net adalah laman web paling popular di dunia untuk menguji kelajuan Internet anda. Bukan hanya Streamyx atau Unify sahaja malahan anda juga boleh menguji kelajuan Internet telefon anda seperti sambungan 3G dan 4G Celcom, Maxis, Digi, Umobile dan sebagainya. Disamping itu, speed test ini juga boleh didapati dalam versi iOS dan Andriod.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. salam..
    ok..boleh try ni..hee
    tq share =)

Leave a Reply to Cik Yaya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: