Cara Merawat Senggugut Yang Berkesan

Woman In Pain

Senggugut atau istilah perubatannya dismenorea adalah merujuk kepada kesakitan yang dialami oleh kaum wanita semasa permulaan haid. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali waktu haid. Ada sesetengah wanita mengalami senggugut yang teruk manakala ada pula yang cuma mengalami kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Fakta Mengenai Senggugut
Antara 40%-70% daripada wanita yang berada dalam tempoh kesuburan akan mengalami senggugut dan lebih 10% daripada mereka akan mengalami senggugut yang teruk.

Senggugut terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

  1. Senggugut primer – berlaku pada wanita yang mempunyai fungsi ovari dan struktur organ pembiakan yang normal. Ia disebabkan oleh pengecutan organ rahim yang berlebihan yang dikawal oleh sejenis bahan yang dinamakan prostaglandin.
  2. Senggugut sekunder – berlaku disebabkan oleh struktur organ pembiakan yang tidak normal seperti penyakit fibroid dan endometriosis. Senggugut sekunder biasanya berlaku pada wanita yang berumur di antara 20 – 45 tahun.

Ramai di kalangan wanita yang mengambil keputusan untuk menghilangkan sakit senggugut dengan mengambil ubat sedangkan ia boleh mendatangkan kesan sampingan pada buah pinggang. Sebaliknya, mereka perlu merawat masalah senggugut melalui pemakanan yang menstabilkan hormon mereka.

Cara Mengatasi Senggugut

  1. Elakkan pengambilan lemak tak tepu yang tinggi di dalam diet

Pengambilan daging lembu, kambing dan produk tenusu yang banyak akan membuat rahim kecut dan menjadikan senggugut lebih sakit. Sebaliknya, doktor menyarankan wanita untuk makan ayam, ikan, minyak jagung, minyak zaitun dan minyak flaxseed.

  1. Elakkan pengambilan garam yang berlebihan

Garam berlebihan menyebabkan edema iaitu pengumpulan air dalam badan. Hal ini menyebabkan saluran pembiakan tiub fallopian dan rahim menjadi radang dan bengkak. Dengan mengurangkan pengambilan garam, keradangan dan bengkak tersebut dapat dikurangkan.

  1. Lebihkan pengambilan karbohidrat yang tinggi serat

Kajian yang telah dibuat mendapati karbohidrat tinggi serat seperti roti jagung dan oat boleh merangsang penyingkiran hormon estrogen yang tinggi di dalam darah punca sakit senggugut.

  1. Untuk rawatan secara fizikal, amalkan senaman rutin

Bersenam secara rutin menghasilkan bahan kimia yang dinamakan endorphin, sejenis bahan kimia yang membuatkan seseorang itu gembira dan tenang. Anda akan berasa lega daripada kesakitan senggugut dan tekanan emosi ketika datang bulan.

Legakan kesakitan dengan bantal panas atau “heat pad”. Anda juga boleh berbaring dan tuamkan bahagian yang sakit untuk mencairkan darah terkumpul dan mengurangkan kekejangan otot.

Semoga pengalaman datang bulan anda akan lebih baik selepas ini.

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...
4 Langkah Atasi Masalah Mengantuk Sewaktu Berpuasa
Dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, seringkali kita dihantui dengan masalah kesulitan untuk
5 Cara Untuk Kekal Aktif Di Bulan Ramadhan
Menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan kadang-kala membuatkan tubuh badan sesorang menjadi lemah
Adakah Warna Mempengaruhi Mood Seseorang?
Betulkah warna boleh mempengaruhi mood manusia? Jawapannya betul, kajian mendapati warna bukan sahaja
Memilih Posisi Tidur Yang Betul Untuk Kesihatan & Kecantikan
Tahukah anda, posisi tidur memainkan peranan yang penting dalam kesihatan dan kecantikan kita?

Leave a reply "Cara Merawat Senggugut Yang Berkesan"