Langgan newsletter kami!
BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR AnIS

Cara Mohon Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS)

Tentang AnIS

AnIS adalah bantuan khas yang dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga.

AnIS bertujuan meringankan bebanan yang ditanggung ibu bapa yang mempunyai anak OKU berusia 18 tahun ke bawah dan lahir di Selangor.

Had permohonan bagi setiap pemohon adalah sebanyak RM5,000.00. Antara syarat yang ditetapkan bagi bantuan khas ialah anak itu mempunyai kad OKU yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pemohon yang mempunyai atau menjaga anak OKU boleh mengisi lengkap borang permohonan AnIS di Pusat Khidmat Masyarakat di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Selangor”

Objektif AnIS

  • Membantu meringankan tanggungan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon
  • Membantu meringankan beban ibu bapa/penjaga anakanak OKU bagi menanggung kos saringan / kesihatan anak-anak OKU yang biasanya mengambil tempoh masa panjang di hospital kerajaan
  • Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anakanak OKU yang ingin membeli peralatan khas bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU

Syarat Permohonan AnIS

  • Warganegara Malaysia;
  • Ibubapa/Penjaga yang mempunyai anak OKU yang lahir di Selangor dan/atau sedang menetap di Selangor dan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Ibu atau bapa atau penjaga kepada Pemegang Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  • Ibubapa / penjaga yang lahir atau sedang menetap di Selangor minima 10 tahun;
  • Penjaga merupakan ibu bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973;

Cara Memohon Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS)

Untuk permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS), kini boleh dibuat secara online. Selain permohonan bantuan, anda juga boleh membuat semakan permohonan dan muat turun borang Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (sekiranya anda ingin mengisi borang secara manual).
[infobox style=”alert-success”]

Klik Link Di Bawah Untuk Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS)

Poster ANIS

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: