Langgan newsletter kami!
Rumah Mampu Milik RMM

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat Terengganu

Rumah Mampu Milik (RMM) dan Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) adalah antara inisiatif kerajaan negeri Terengganu untuk menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat.

Permohonan rumah mampu milik untuk rakyat negeri Terengganu kini dibuka bermula Rabu, 30 Mei 2018. Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web eperumahan.terengganu.gov.my. Semoga dengan inisiatif ini dapat memenuhi impian semua rakyat Terengganu untuk memiliki rumah sendiri.

Syarat-syarat Permohonan Rumah Mampu Milik Rakyat Terengganu

  1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  2. Berumur 21 tahun ke atas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
  3. Berkahwin; 10% diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
  4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.
  7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon.
  8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
  9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

Cara Memohon Rumah Mampu Milik Rakyat Terengganu

[infobox style=”alert-success”]Sila klik laman web:
http://eperumahan.terengganu.gov.my/eperumahan_v2plus/
[/infobox]

Permohonan adalah secara online.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup akan diumumkan kemudian. Harap maklum.

Pertanyaan

Segala urusan atau pertanyaan hendaklah dirujuk terus kepada:

[infobox style=”alert-info”]Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan),
Tingkat Bawah No. 28 Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu[/infobox]
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: