Cara Pengiraan Bon Pelaksanaan

Gambar Kalkulator

Pengiraan Bon Pelaksanaan

  • Dua setengah peratus (2.5%) daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00;
  • Lima peratus (5%) daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM500,000.00; dan
  • Bagi kontrak bermasa (periodic contract) yang berkuat kuasa dalam tempoh dua (2) tahun atau lebih, peratus dan pengiraan nilai Bon Pelaksanaan hendaklah dikira mengikut anggaran harga kontrak setahun sahaja. Walau bagaimanapun, Bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa.

 

Asas Pengiraan Bon Pelaksanaan

BP = 2.5% daripada Nilai Kontrak Keseluruhan
(bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan yang bernilai RM200,000 hingga RM500,000)

atau

BP = 5% daripada Nilai Kontrak Keseluruhan


(bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan yang bernilai RM500,000 ke atas)

 

Contoh Pengiraan Bon Pelaksanaan

Contoh 1:

  • Tempoh Kontrak: 3 tahun
  • Nilai Kontrak: RM 4.5 juta
  • Kadar Bon: 5%
    (berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM1.5 juta)
  • Jumlah (RM1.5 juta X 5%) = RM75,000.00

Contoh 2:

  • Nilai Kontrak: RM800,000.00
  • Tempoh Kontrak: 2 tahun
  • Kadar Bon: 2.5%
    (berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM400,000.00)
  • Jumlah (RM400,000.00 X 2.5%) = RM10,000.00
    (bukan RM800,000 X 5% = RM40,000 atau RM400,000 X 5% = RM20,000)

Bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM200,000.00, kontraktor hendaklah mengemukakan bersama-sama dengan Surat Setuju Terima, Bon Pelaksanaan sebanyak 5% daripada jumlah harga kontrak.

Tempoh sah laku jaminan bagi Bon Pelaksanaan hendaklah dari tarikh ianya dikeluarkan sehingga 12 bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas obligasi terakhir, mengikut mana yang terkemudian.

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Biodata Ustaz Syamsul Debat
Ceramah atau kuliah yang kaku mungkin agak membosankan dan mudah mengantuk. Justeru, ramai
Bon Pelaksanaan VS Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP)
Arahan Perbendaharaan (AP) 200.2 menetapkan Bon Pelaksanaan dikenakan bagi kontrak kerja melebihi RM200,000.
Live Streaming Pembentangan Bajet 2017 Malaysia
Live Streaming Pembentangan Belanjawan Malaysia Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 secara online.
Cara Menyemak Senarai Blacklist Imigresen Ke Luar Negara
Mengikut statistik, hampir 1 juta rakyat Malaysia telah disenaraihitamkan untuk ke luar negara.

Leave a reply "Cara Pengiraan Bon Pelaksanaan"