Cara Pengiraan Bonus ASB

Logo Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Hari ini Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah mengumumkan dividen dan bonus untuk pelabur mereka iaitu sebanyak 6.5% dividen dan 0.5% bonus menjadikan pulangan keseluruhan sebanyak 7.0%. Tetapi bonus bukan untuk semua pelabur.

Jadi, siapakah pelabur yang layak mendapat bonus ASB? Jom kita semak cara pengiraan bonus ASB seperti di bawah.

Format Lama Pengiraan Bonus ASB

Mengikut format lama, pengiraan bonus ASB adalah berdasarkan baki purata terendah bulanan selama 120 bulan terakhir. Bermaksud mengikut simpanan 10 tahun terakhir.

Contoh 1:
Jika Abu dari tahun 2006-2015 menyimpan dalam ASB, tapi tahun 2016 Abu keluarkan duit dari ASB, Abu masih layak dapat bonus tersebut walaupun dalam ASB sudah tiada simpanan. Cara ini menguntungkan orang yang sudah lama menyimpan.
Contoh 2:
Jika Ali menyimpan bermula dari Jan 2016 sehingga Dis 2016, Ali juga akan dapat bonus tersebut. Tetapi hanya dapat untuk 12/120 bulan sahaja. Jadi tak banyak la bonus dia.

Format Baru Pengiraan Bonus ASB (Terkini)

Bermula tahun 2017, format baru pengiraan bonus ASB telah diperkenalkan yang mana ia adalah mengikut baki 12 bulan terakhir. Ini bermakna pengiraannya adalah sama seperti pengiraan dividen. Bagi pelabur yang telah mengeluarkan duit sebelum Jan 2018, ia tidak akan dapat bonus.

Jika nilai dividen adalah 6.5% dan bonus pula 0.5%, bermakna pulangan efektif adalah 7%. Mengikut cara ini, pengiraan hasil adalah lebih mudah.

Contoh jika anda mempunyai Loan ASB sebanyak RM200K:

  • Simpan 12 bulan (setahun penuh)
    = 7% x RM200,000 = RM14,000
  • Simpan 6 bulan
    = 7% x RM200,000 x 6 bulan / 12 = RM7,000
  • Simpan 3 bulan
    = 7% x RM200,000 x 3 bulan / 12 = RM3,500

Semoga bermanfaat!

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #asb #asb financing #loan asb

Tips Cepat Kaya – Kedekut Yang Cerdik
Saya ada seorang sahabat. Suami isteri bekerja sebagai doktor perubatan. Anda boleh bayangkan
Maksud Pre-Auth Debit dan Sale Debit (Maybank, CIMB dan Lain-lain)
Pernahkah anda ternampak transaksi “Pre-Auth Debit” dalam penyata akaun bank anda? Tentunya anda
Jadual Gaji Penjawat Awam 2019
Tarikh gaji penjawat awam adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh pekerja sektor kerajaan atau
Loan ASB: Peluang Anda Bersara Sebagai Jutawan
Betul ke boleh jadi jutawan dengan membuat Pinjaman ASB? Sebagai manusia normal, kita

Leave a reply "Cara Pengiraan Bonus ASB"