Cara Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Tips Jaga Rambut Jika Bertudung

Walaupun bertudung, rambut wanita tetap memerlukan penjagaan yang sesuai agar kekal sihat dan cantik. Anda tidak perlu ke salon untuk mendandan atau mendapatkan rawatan sehingga ratusan ringgit seperti wanita yang freehair, cukup dengan penjagaan harian seperti berikut ditambah dengan rawatan mingguan sendiri di rumah.

Cara Menjaga Rambut Bagi Wanita Bertudung

Keringkan rambut sebelum memakai tudung

Ada waktunya anda perlu mencuci rambut dan terpaksa bergegas keluar rumah. Oleh itu, ada baiknya anda membeli alat pengering rambut yang berkualiti untuk mengeringkan rambut dengan segera. Jika tidak, akar rambut anda akan terjejas apabila diikat dalam keadaan lembap dan menyebabkan masalah keguguran rambut. Lebih teruk, rambut anda tidak dapat mengering dengan sempurna di dalam tudung dan menyebabkan rambut anda penyek. Rambut anda juga akan jadi berbau!

Ikat rambut dengan longgar di dalam tudung

Elakkan menarik akar rambut dengan kuat dan mengikatnya dengan getah yang boleh memutuskan rambut. Ada sejenis sanggul plastik yang boleh anda gunakan dengan menggulung rambut kemudian menyimpannya di dalam sanggul tersebut. Ia jauh lebih baik daripada menggunakan getah rambut malah rambut anda akan mendapat kerinting yang cantik setelah dikeluarkan daripada sanggul.

Duduk seketika di bawah cahaya matahari pagi

Bagi wanita yang bekerja, rambut anda terperap di dalam tudung dan mungkin tidak mendapat khasiat daripada cahaya matahari di waktu pagi. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa selama setengah jam pada hari cuti anda untuk duduk di balkoni rumah dan membiarkan rambut serta kulit anda menyerap vitamin D yang diperlukan untuk kesihatan dan kecantikan badan.

Biarkan rambut anda lepas

Apabila di rumah, biarkan rambut anda lepas tanpa mengikatnya agar bentuk rambut anda dapat dikekalkan. Walaubagaimanapun, jika anda perlu bertudung di rumah atas alasan tertentu, ikat rambut dengan longgar dan elakkan penggunaan anak tudung dan selendang yang ketat.

Tukar anak tudung sekurang-kurangnya dua kali seminggu

Anak tudung memerangkap peluh dan minyak dari kepala anda, jadi penggunaan anak tudung yang sama selama seminggu berturut-turut adalah tidak hygienic. Sayang rasanya jika anda sudah mencuci rambut kemudian meletakkan semula peluh dan minyak pada rambut.

Pilih fabrik tudung yang selesa

Anda juga perlu memilih tudung daripada fabrik yang selesa untuk pengudaraan kulit kepala yang baik. Tiga fabrik tudung yang terbaik ialah jersey, viscose dan chiffon.

Semoga muslimah semua mendapat manfaat daripada artikel ini.

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #Tips jaga rambut jika bertudung #tips penjagaan rambut wanita bertudung

5 Koleksi Pakaian Hari Raya Milik Artis Malaysia
Sebelum kedatangan Ramadhan lagi, ramai selebriti popular tanah air melancarkan koleksi pakaian atau
Biodata Datuk Zainuri Mohd Zain, Pengasas Nuriz Kosmetik
Biodata Pengasas Nuriz Kosmetik Nama penuh: Datuk Zainuri Mohd Zain Nama gelaran: Datuk Nuriz
Biodata Datuk Faroz, Pemilik Gedung Tekstil Terkemuka Jakel
Biodata Datuk Faroz Jakel | Siapa yang tidak mengenali usahawan hebat tempatan bernama
Biodata Datin Ira Ghani, Pengasas Aura Seri
Biodata Datin Ira Ghani Nama Sebenar: Datin Nor Zaina Abd Ghani Nama Komersil: Datin

Leave a reply "Cara Penjagaan Rambut Wanita Bertudung"