Cara Semak Tracking City-Link Express Secara Online

City Link Logo

Cara Track City-Link Express Shipments | Citylink Express diasaskan pada tahun 1997 oleh Dato David Tan. Kini City-Link telah menjadi salah satu syarikat penghantaran barang yang berjaya dan popular di Malaysia. Ia juga telah mengembangkan perniagaannya ke beberapa negara Asia termasuklah Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong dan China.

Dalam konteks hari ini, ‘Pengurusan Logistik’ adalah berkaitan dengan penyelesaian isu-isu pengangkutan yang kompleks dengan menyediakan konsultasi bersama perkhidmatan pick-up dan penghantaran untuk memastikan barangan yang dihantar tiba ke destinasi yang sepatutnya mengikut jadual dan berada dalam keadaan yang baik.

Kini, status penghantaran barang melalui City-Link Express boleh disemak secara online. Dengan adanya perkhidmatan tracking ini, status barang yang dihantar akan diketahui dengan hanya satu kik sahaja. Jadi pengguna tidak perlu tertanya-tanya status barangan tersebut dan berapa hari agaknya ia akan tiba ke destinasi yang dihantar.

Antara maklumat yang boleh dapati melalui perkhidmatan City-Link Express Trace & Track ini adalah:

  • Tarikh barang dihantar
  • Proses penghantaran barang terlibat
  • Lain-lain aktiviti terlibat
  • Status terkini

Berikut disertakan cara menyemak status penghantaran barangan anda secara online tanpa perlu datang ke pejabat City-Link Express. Memang sangat mudah dan menjimatkan masa.

Cara Semak Tracking City Link Express

KLIK SINI –> http://www.citylinkexpress.com/my/consignment.aspx

City Link Consignment Note Online

Langkah Terperinci Semak Tracking City Link Express

  1. Pergi ke laman web rasmi City Link Express.
  2. Masukkan consignment note pada kotak semakan yang disediakan. Consignment note boleh terdiri daripada nombor delivery order, invoices dan order reference number.
    – Satu consignment note untuk setiap baris. (one per line)
    – Tekan kekunci <ENTER> untuk memasukkan nombor consignment note yang baru.
    – Boleh masukkan sehingga 30 nombor dalam satu masa.
  3. Tekan button ‘TRACK’.
  4. Lihat status dan maklumat terperinci tentang barang yang dihantar.

Carian Berkaitan
Citylink trac, www citylink tracking

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Cara Semak Tracking Lazada Secara Online
Laman web ‘online shopping’ paling popular di Malaysia, Lazada merupakan destinasi yang wajib
Contoh Surat Cover Letter Mohon Kerja
Setiap surat mohon kerja perlulah disertakan dengan surat cover letter. Kemudian surat tersebut
Maksud Setiap Status Tracking PosLaju
Setiap parcel atau barang yang dihantar akan melalui pelbagai fasa sebelum selamat tiba
Cara Semak Tracking FedEx Express Secara Online
Cara Track FedEx Express | FedEx Express adalah salah satu syarikat pengangkutan dan

Leave a reply "Cara Semak Tracking City-Link Express Secara Online"