Langgan newsletter kami!
Kapal Terbang FedEx Express

Cara Semak Tracking FedEx Express Secara Online

Cara Track FedEx Express | FedEx Express adalah salah satu syarikat pengangkutan dan penghantaran barang terbesar di dunia dengan lebih daripada 400,000 pekerja. Ia menawarkan perkhidmatan penghantaran yang cepat dan boleh dipercayai kepada lebih daripada 220 buah negara di seluruh dunia.

Dalam dunia berasaskan online, status courier melalui FedEx Express boleh disemak secara atas talian walaupun dengan menggunakan telefon bimbit. Dengan adanya perkhidmatan tracking ini, status barang yang dihantar akan diketahui dengan lebih mudah dan cepat. Jadi pengguna tidak perlu tertanya-tanya berapa hari agaknya barang yang dipos akan sampai kepada penerima.

Untuk menyemak dan tracking status parcel yang dihantar, pengguna hanya perlu memasukkan maklumat tracking no atau tracking id sahaja. Tambahan pula, pengguna boleh tracking untuk lebih dari satu barang sehingga 30 barang dalam satu-satu masa.

Antara maklumat yang boleh dapati melalui perkhidmatan FedEx Express Tracking ini adalah:

  • Tarikh barang dihantar
  • Proses penghantaran terlibat
  • Aktiviti lain yang berkaitan
  • Status terkini

Berikut adalah cara menyemak status penghantaran barangan anda secara online tanpa perlu datang ke pejabat FedEx Express. Sangat mudah, menjimat masa dan tenaga.

[infobox style=”alert-success”]

Cara Track FedEx Express

KLIK SINI –> https://www.fedex.com/en-my/home.html

[/infobox]

Tracking Barang Fedex

Langkah Terperinci Semak Tracking FedEx Express

  1. Pergi ke laman web rasmi FedEx Express.
  2. Masukkan tracking no atau tracking id pada kotak semakan yang disediakan.
  3. Untuk tracking lebih dari 1 nombor, sila klik pada “MULTIPLE TRACKING NUMBERS”.
  4. Tekan button “TRACK”.
  5. Lihat status dan maklumat terperinci tentang barang yang dihantar.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: