Cerita Lawak Telur Rebus


Aku ada cerita ni. Boleh tahan lawak la. Hehe.. Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua saja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. Jadi aku dah tak kisah lagilah.

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak. Akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah di satu kedai makan tu. Ada telur rebus lah.. Akupun makan nasi dengan telur rebus. Lepastu aku order lagi telur rebus lebih lagi untuk diratah.

Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba dekat rumah, aku rasa amatlah kenyang. Maklumlah balas dendam sebab dah lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada ‘surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk di kerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka kain tutup mata tu. Aku nak pergi toilet sebab perutku dah mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan ‘surprise’ isteriku ini. Aku pun tahan la.

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama. Fuuuuhhh lega rasanya.. bau boleh tahan.. maklumla berapa biji telur ntah aku bedal tadi. Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! Fuh bau jangan cakap beb. Aku pun tak tahan bau dia.. Aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia.. adalah macam bau telur tembelang sikit. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi.. Hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar dah ni funny men memenak tahu surprise dia.

Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah. Aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu.. PRRROOOOOTTT!!!! Fuhh lega.. bergegar sikit meja makan dibuatnya.. peh tak tahan aku bau dia power gila.. Aku tutup hidung aku.. Aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. Mau mati bunga atas meja makan aku ni.. Sambil tu aku sebut ‘ahhhh…. lega…’ Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat. Lalu dia kata ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. Laaa birthday aku hari ni le.. Macam mana boleh lupa ni.

Aku buka la kain penutup mata aku.. Mulutku terus melopong.. ALAMAK!! Benda pertama aku lihat.. Muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!?! Jadi aku pun nak cover malu, aku tanya la kat pak mertua aku. ‘Dah lama ke pak sampai?’ Dan pak mertua aku pun jawab. ‘Dah lama.. Sebelum kentut pertama lagi!’

Haha.. Lawak tak cerita aku ni?

 


Carian Berkaitan

cerita lawak, cerpen lawak, karya cerita lawak malaysi, lawak baru

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #cerita #lawak #rebus #telur

PickUp Line Versi Doktor Cinta Yang Boleh Anda Cuba Pada Pasangan
Selepas pelbagai versi pickup line sebelum ini, kali ini kita lihat pickupline versi
Video Koleksi Terbaik Ayat Pickup Line Melayu Yang Sweet Dan Lawak
Bagi yang sedang layan jiwang, jom kita tonton 3 video koleksi ayat pickup
12 Gambar Comel dan Lucu Kucing Tidur
Kucing sememangnya adalah haiwan peliharaan yang comel. Pelbagai aksi comel kucing boleh dirakam
15 Ayat Mengorat dan Pickup Line Sweet Sampai Kena Diabetes
Susulan posting pickup line sebelum ini, kali ini kita sambung lagi dengan ayat

Leave a reply "Cerita Lawak Telur Rebus"