Coretan Sedih Buat Anak Lelaki Bila Mak Meninggal


Pesan buat anak-anak terutamanya anak-anak lelaki.

Bila mak ayah kita mati,
terjun lah turun dalam liang sambut mayat dia,
buka tutup papan keranda dan angkat sebentar mayat mak ayah kita tu.

Biar kita yang pusing mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat.
Biar kita!! Bukan orang lain.
Jangan kita tengok je.

Allahhurabi..
“Mak kali terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni last mak aku tengok mak”.
Biar kita yang jadi orang yang perelai ikatan di kepala dia, ikatan ditubuh dia tu.
Biar kita! Pegang pelahan-lahan badan mak kita tu, pusing dia elok-elok.
Ambil gumpalan tanah dan letak belakang tengkok mak kita tu.

“Mak last mak hari ni mak.. Lepas dari ni aku tak tengok mak dah”.
Terlintas dalam hati dalam kita dok pegang mak kita tu..

Ingat sejak kita lahir, tangan mak ni yang suap ke mulut kita.
Ingat hari pertama kita boleh berjalan, najis, muntah kita dia lah orangnya yang tak pernah tolak pun.
Walau anak jahat mana pun kita, kita tetap anak dia.
Dia tak pernah buang pun kita.
Takkan hari mak ayah kita mati, kita tak boleh terjun dalam liang dia, pusing badan mayat dia, mengadap ke kiblat.
Kalau kita ada tiga empat beradik, empat-empat beradik terjun dalam.

“Abang pegang belakang bang”.
Jangan kita dok harap dekat orang.
Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu.
Kita tak boleh baca talkin, kita naik atas, kita duduk sekejap.
Dengar talkin yang terakhir untuk mak kita tu.
Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu.
Tengok macam mana ni last dah hari ni.
Tak ada benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah melainkan kita hanya boleh serah doa.

“Ya Allah, aku angkat tangan ya Allah.. Aku redha mak aku Kau ambil ya Allah..
Dia yang beranakkan aku..
Ya Allah hari ni aku tinggal dia Ya Allah, aku serah dia atas urusan mu belaka Ya Allah..
Aku tadah tangan Ya Allah..
Aku minta sangat-sangat Kau ampunkan dosa mak aku,
tolong Ya Allah kesian mak aku Ya Allah..
Aku ini hasil didikan dari dia.
Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala dosa-dosa dia Ya Allah”

Kawan-kawan, kalau dosa mak sebegitu kita doa dengan Allah Taala, beruntung mak kita.
Adakah Allah akan tolak doa sebegitu?
Takkan Allah tolak doa ikhlas datang dari sorang anak.

Sebab tu pesanan pada kita selagi kita ada mak kita yang masih hidup.
Kawan-kawan, buat jasa la..
Buat jasa…
Allahhuakbar.


Carian Berkaitan

coretan sedih, ayah harris baba meninggal, bila mak meninggal

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #kematian #pesan #sajak

Perkongsian Ilmu Oleh Fynn Jamal
Baru-baru ini menerusi laman sosial Instagram peribadinya, penyanyi Fynn Jamal boleh dilihat dengan penampilan
Lagu Memuja Syaitan
Mendengar lagu tiada salahnya. Sehinggakan, ada yang menjadikan hiburan lagu itu sebagai satu
Panduan Lengkap Solat Sunat Tasbih
Apakah Solat Sunat Tasbih Solat sunat tasbih ialah solat sunat yang dikerjakan sebanyak 4
Biodata Ustaz Ebit Lew
Biodata Ustaz Ebit Lew | Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat

Leave a reply "Coretan Sedih Buat Anak Lelaki Bila Mak Meninggal"