Langgan newsletter kami!
Gambar Muslim Sedang Berdoa

Doa Pembuka Majlis

Doa pembuka majlis adalah doa yang dibaca sebelum memulakan sesuatu majlis. Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk sentiasa berdoa dan memohon hajat kepada Allah SWT. Setiap doa yang diucapkan pasti akan didengari oleh-Nya dan pasti termakbul dengan keizinan-Nya.

Antara majlis yang kebiasaannya dimulakan dengan doa adalah permulaan sesuatu seminar, bengkel, kursus ataupun mesyuarat. Ia juga boleh digunakan untuk majlis harijadi, perpisahan, persaraan atau apa-apa sahaja majlis sama ada secara formal mahupun tidak formal.

Bacaan Doa Pembuka Majlis Dalam Rumi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
(Bismillahir Rahmaanir Rahiim)

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

(Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin
Wasolaatu wassalaamu ‘alaa asyrafil anbiyaai wal mursaliin
Wa ‘alaaalihi wasohbihi ajma’in)

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Dengan nama-Mu, yang menyembuhkan segala penyakit,
Dengan nama-Mu, yang mencukupkan segala permintaan,
Dengan nama-Mu, yang memaafkan segala dosa,
Dengan nama-Mu yang tidak dapat dimudharatkan oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

Ya Allah,
Maka ampunilah segala dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami, para guru dan saudara kami serta sekian ummat di alam ini.

Ya Rabanna,
Sesungguhnya hanya kepada-Mu kami rafa’kan rasa syukur.
Hanya kepada-Mu kami menyembah, dan hanya kepada-Mu, kami memohon pertolongan.
Maka Engkau berkati dan lancarkanlah majlis kami ini.

Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah,
dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah, apabila Engkau kehendaki.

Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau terangi bumi ini dengan matahari-Mu selama-lamanya.

رَبَّنَا  أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً
وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر
سُبحَانَ رَبِّكَ  رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ
وَالحَمدُ للهِ رَبِّ العَلَمِينَ

(Rabbana aatinaa fid dunya hasanah
Wa fil aakhirati hasanah, waqinaa ‘azaaba Nnaar
Subha narabbika rabbi izzati amma yaasifunn
Wasalaa munn alal mursaliin
Walhamdulillahi robbil ‘alamiin)

Sebagai alternatif, anda boleh rujuk doa majlis berlainan versi di sini.

Semoga bermanfaat.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: