Langgan newsletter kami!
Poster Drama Atin, Atan & Mak Cun (Mak Cun 5)

Drama Atin, Atan & Mak Cun (Mak Cun 5) di TV3

Drama Atin, Atan & Mak Cun adalah sebuah drama berunsur komedi. Ia ditayangkan di Slot Iris TV3 pada 18 Julai 2019, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 petang.

Info Drama Atin, Atan & Mak Cun (Mak Cun 5)

  • Mula Tayangan: 18 Julai 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 6,30 petang
  • Stesen TV: Slot Iris TV3
  • Pengarah: Izuan Mokhtar
  • Produksi: Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
  • Pelakon: Eirma Fatima, Jay Nazif, Nur Khadra Syamimi, Zareef Yusof, Umie Aida, Nora Danish, Dato Rahim Razali, Sherry Alhadad, Amelina, Chef Zam,Muzayyin, Putri Qaseh, Damia Qaissarah, Anwar Syafiq, Wafiy Irfan Ariffen

Watak Pelakon Drama Atin, Atan & Mak Cun (Mak Cun 5)

  • Erma Fatima sebagai Mok Cun
  • Jay Nazif sebagai Atan
  • Nur Khadra Syamimi sebagai Atin
  • Umie Aida sebagai Manisah
  • Nora Danish sebagai Halimatun
  • Dato Rahim Razali sebagai Pak Akob
  • Sherry Alhadad sebagai Cik Kuntum
  • Amelina sebagai Kamsiah
  • Putri Qaseh sebagai Orkid
  • Damia Qaissarah sebagai Mimi

Sinopsis Drama Atin, Atan & Mak Cun (Mak Cun 5)

Mengisahkan tentang Mak Cun dan cucu-cucunya, Atan dan Atin. Mak Cun belajar Bahasa Mandarin dan begitu teruja untuk memasuki pasaran China. Manisah terkejut mendengar Mak Cun ingin ke sana, lalu dia memujuk Mak Cun untuk membawanya bersama.

Atin pula teruja bermain ‘sekolah pondok-pondok’. Dia mengajar subjek matematik kepada beberapa budak kampung seperti Amat, Ramu, Fatin, Orkid dan juga Atan. Dia mahu kawan-kawannya dan Atan menjadi pandai. Namun, keadaan mula menjadi huru-hara apabila Mak Cun dan Manisah berada di Guangzhou, China.

Mak Cun 5

Poster Drama Atin, Atan & Mak Cun (Mak Cun 5)

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: