Drama Hilang Yang Kembali (TV3)

Drama Hilang Yang Kembali

Hilang Yang Kembali adalah sebuah drama bersiri yang bersiaran melalui Slot Samarinda TV3 mulai 20 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam. Drama ini membariskan pelakon hebat seperti Aqasha, Emelda Rosmila, Nafiz Muaz, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham dan ramai lagi. Ia diterbitkan oleh Padi Pictures dan diarahkan oleh Amor Rizan.

Info Drama Hilang Yang Kembali

  • Episod: 12 episod
  • Mula Tayangan: 20 Ogos 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, jam 10.00 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Samarinda)
  • Pengarah: Amor Rizan
  • Produksi : Padi Pictures Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Aqasha, Emelda Rosmila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainoordin, Kazar Abd Razak, Damia Qaissara, Adam, Syed Irfan, Nur Auni Zahra, Ameer Imran

Watak Pelakon Drama Hilang Yang Kembali

  • Aqasha sebagai Razif
  • Emelda Rosmila sebagai Fara
  • Azhan Rani sebagai Tuan Ismail
  • Nafiz Muaz sebagai Danial / Randi
  • Zamarul Hisham sebagai Ikmal
  • Arill Fesol sebagai Danish
  • Kazar Abd Razak sebagai Che Jan
  • Elisya Sandha sebagai Alisa
  • Damia Qaissara sebagai Bunga
  • Adam sebagai Danial
  • Syed Irfan sebagai Danish
  • Nur Auni Zahra sebagai Alisa
  • Ameer Imran sebagai Randi

Sinopsis Drama Hilang Yang Kembali

Drama ini mengetengahkan kisah bertemakan kekeluargaan, kasih sayang dan pengorbanan, sekaligus lari dari stereotaip kebiasaan drama Melayu.

Ia mengisahkan konflik kekeluargaan kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka, Daniel yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dikesan.

Puas mereka mencari Danial tetapi tidak dijumpai. Razif meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.

Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang juga namun tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendam dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tertekan. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.

Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial.

Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya? Apakah kepulangannya menjadi pengubat rindu atau hanya mengundang episod derita yang seterusnya?

Lagu Tema / OST Drama Hilang Yang Kembali

  • Amzeeq – Hilang Yang Kembali

Carian Berkaitan
hilang yang kembali, biodata pelakon hilang yang kembali, hilang yang kembali watak sally, Kembali yang hilang epi

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Drama Dia Pengantinku (TV1 RTM)
Dia Pengantinku adalah sebuah drama bersiri 24 episod yang bakal bersiaran melalui Slot
Filem Kolong (2019)
Kolong adalah sebuah filem berunsurkan seram hasil gabungan artis Malaysia dan Indonesia. Ia
Filem Motif (2019)
‘Motif‘ adalah sebuah filem berunsurkan jenayah lakonan Sharifah Amani dan Rosyam Nor. Filem
Senarai Calon Anugerah Skrin 2019 (ASK2019)
Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) adalah malam pengiktirafan buat karyawan yang terbabit dalam

Leave a reply "Drama Hilang Yang Kembali (TV3)"