Langgan newsletter kami!
Drama Janji Arissa (Poster)

Drama Janji Arissa (Unifi TV)

Janji Arissa adalah sebuah drama bersiri yang akan bersiaran di Unifi TV melalui Saluran 116 HyppSensasi. Drama yang dibintangi oleh Janna Nick ini akan mula ditayangkan pada 25 September 2019. Ia diarahkan oleh Azmi Hata dan diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn. Bhd. Untuk rekod, drama ini pernah ditayangkan melalui saluran Mediacorp Suria pada 26 Jun 2018.

Info Drama Janji Arissa

  • Episod: 8 episod
  • Mula Tayangan: 25 September 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 9.00 malam
  • Stesen TV: Unifi TV (HyppSensasi Saluran 116)
  • Saluran Asal‎: ‎Mediacorp Suria
  • Negara Asal‎: ‎Singapura
  • Penulis Skrip: Izzat Yusof, Amin Shakib, Azril Hamzah, Raja Azidah Raja Jaafar
  • Pengarah: Azmi Hata
  • Produksi: Orangetree Production Sdn. Bhd.
  • Senarai Pelakon: Janna Nick, Fir Rahman, Jeff Catz, Wahyu Rahman, Farhana M Noor, Sharifah Shahora, Yaya Hamid, Aric Hidir, A Mahady, Salif Hardie, Jafarish Siddiq, Aizuddin Nasser

Watak Pelakon Drama Janji Arissa

  • Jann Nick sebagai Arissa
  • Jeffry Catz sebagai Mohammad
  • Fir Rahman sebagai Tajudin
  • Farhana M Noor sebagai Shahira
  • Wahyu Rahman sebagai Shidah
  • Yaya Hamid sebagai Intan
  • Salif Hardie sebagai Irfan
  • Sharifah Shahora sebagai Siti
  • Sani Hussein sebagai Shariff
  • A Mahady sebagai Abdrul Rahman
  • Aric Hidir Amin sebagai Fendi
  • Susila Devi sebagai Kamani

Sinopsis Drama Janji Arissa

Perkahwinan Muhammad dan Siti tidak berkekalan apabila Muhammad mendapati Siti berlaku curang. Setelah bercerai, Siti telah melahirkan anak perempuan mereka bernama Arissa. Sebenarnya ini adalah perancangan jahat yang dilakukan oleh Abdul Rahman, pemilik syarikat AR Holdings.

Apabila dewasa, Arissa menyimpan dendam terhadap ayahnya. Arissa berkomplot dengan Fendi untuk menjatuhkan Muhammad. Namun semakin Arissa mengenali Muhammad, Arissa semakin dalam dilema apabila mendapati Muhammad ialah seorang yang baik dan merupakan mangsa keadaan. Konflik demi konflik, namun bagaimanakah kesudahan dendam Arissa?

Lagu Tema / OST Drama Janji Arissa

Nonny Nadirah – Tinta Cahaya

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: