Langgan newsletter kami!
Drama Manuskrip Cinta

Manuskrip Cinta (TV1 RTM) – Drama Adaptasi Novel

Manuskrip Cinta adalah sebuah drama hasil adaptasi novel karya Syamnuriezmil. Drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan dilakonkan oleh pelakon ternama iaitu Siti Saleha, Fadlan Hazim, Hafizh Roshdi, Reen Rahim, Syazuwan Hassan dan ramai lagi.

Info Drama Manuskrip Cinta

  • Episod: 20 episod
  • Mula Tayangan: September 2019
  • Stesen TV: TV1 RTM
  • Penulis Novel: Syamnuriezmil
  • Pengarah: Jamal Khan
  • Produksi: Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Siti Saleha, Fadlan Hazim, Hafidz Roshdi, Reen Rahim, Nur Risteena Munim, Syazuwan Hassan, Wan Sharmila, Syaffiq Sahli, Normah Damanhuri, Aleza Shadan, Anne Abdullah, Aida Khalida, Zulkifli Ismail

Watak Pelakon Drama Manuskrip Cinta

Sinopsis Drama Manuskrip Cinta

Mengisahkan tentang Aryani, seorang penulis sepenuh masa yang suka bereksperimen dengan manuskrip untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang ditulisnya.

Manuskrip keempat tulisannya tidak diberi pelepasan oleh editor, Kak Adibah yang merasakan kisah cinta yang ditulisnya terlalu kosong tanpa watak antagonis. Kak Adibah mencabar Aryani untuk jatuh cinta jika dia mahu menulis kisah cinta yang menyentuh perasaan dan lebih dramatik.

“Nak tulis, kena tulis betul-betul. Kalau rasa tak boleh tulis cerita macam ni, jangan pandai-pandai tulis. Kalau nak cabar diri kau untuk tulis cerita macam ni.. Kau kena cabar diri kau untuk jatuh cinta” – Kak Adibah

Watak asal yang ditulis dalam manuskrip Aryani sebenarnya berdasarkan watak Dr. Rian Akasyah, seorang doktor pakar jantung (cardiologist) yang menyewa di rumah sebelahnya. Dian selalu memerhatikan gerak-geri Rian, mengambil tahu pasal kerjaya Rian dan hal-hal berkenaan dengan hidup seorang doktor pakar jantung. Tunang Rian, Helena juga diselitkan dalam manuskripnya.

Gara-gara Kak Adibah menyuruhnya bercinta, Aryani terpaksa mencari boyfriend tikus putih untuk eksperimenkan cinta dalam manuskripnya. Dian meminta kawan baiknya, Gee untuk mencarikannya teman lelaki. Tanpa disangka, diperkenalkan dengan lelaki yang pernah dijumpai dahulu iaitu Dr Izak Ashaal yang juga kawan baik kekasih Gee, Effan.

“What a small world.. Minah badan pendek!” – Dr Izak Ashaal

Dr. Izak Ashaal, merupakan doktor pakar tulang (orthopedist). Masalah mula timbul setelah Aryani mendapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: