Langgan newsletter kami!
Drama Mimpi Yang Sempurna

Drama Mimpi Yang Sempurna (TV1)

Mimpi Yang Sempurna adalah sebuah drama bersiri hasil adaptasi novel karya Aiza Qriselda. Drama yang dibintangi oleh Tiz Zaqyah dan Aqasha ini akan disiarkan di TV1 RTM. Ia akan menemui penonton bermula 22 Ogos 2019 ini, pada setiap hari Khamis dan Jumaat, jam 7.00 malam di slot Widuri TV1.

Info Drama Mimpi Yang Sempurna

  • Episod: 26 episod
  • Mula Tayangan: 22 Ogos 2019
  • Waktu Siaran: Khamis & Jumaat, 7.00 malam
  • Stesen TV: TV1 RTM (Slot Widuri)
  • Penulis Novel: Aiza Qriselda
  • Penulis Skrip: PGRs Team, Rozie Rashid, Ainaa Hanez
  • Pengarah: Jo Yusof
  • Produksi: Zamriez Golden Pictures
  • Senarai Pelakon: Aqasha, Tiz Zaqyah, Farahdhiya, Keith Foo, Elisha Sandha, Afifah Nasir, Shaharuddin Thamby, Arash Mohamad, Kuna, Aidil Aziz, Firdaus Ghufran, Rania Humaira, Jesse Lim, Ramli Salleh, Elanie Aidid

Watak Pelakon Drama Mimpi Yang Sempurna

Sinopsis Drama Mimpi Yang Sempurna

Mengisahkan tentang cabaran seorang wanita untuk mengatasi keegoan seorang lelaki yang juga merupakan penyelia di tempat kerjanya, yang mana akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta.

Wardah bertugas sebagai pembantu kepada seorang pengurus kanan bernama Haiman. Haiman pula ialah seorang duda yang terkenal dengan sikap panas barannya melayan pekerja-pekerja termasuk Wardah dengan dingin. Wardah merasa dirinya menjadi mangsa buli Haiman yang banyak memberikan tugasan untuknya hingga seringkali pulang lewat ke rumah.

Setelah mendapat nasihat Mak Uda, Wardah kembali bersemangat untuk terus bekerja malah merancang mahu mengubah sikap Haiman. Haiman berterusan memberi kerja kepada Wardah termasuk mendesak dirinya menghadiri mesyuarat. Wardah berkongsi masalah dengan kawan baiknya, Yasmeen.

Haiman tiba-tiba mula melayan Wardah dengan baik. Sikapnya berubah ceria dengan kehadiran Wardah di sisi. Dalam pada itu ibu bapa Wardah mula bertanyakan hubungan Wardah dengan tunangnya, Adib yang dilihat semakin dingin.

Pada sambutan hari keluarga di mana Haiman berubah mesra dengan pekerjanya. Di situ juga Haiman cemburu melihat Zaki, penyelia majlis tersebut cuba mendekati Wardah. Pada masa sama Wardah meluangkan masa dengan Haiman. Haiman runsingkan pembedahan jantung ibunya dan berkongsi kisah dirinya yang sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya Akim.

Lima tahun berlalu setelah Haiman menghilangkan diri secara tiba-tiba. Wardah kini bergelar peguam di firma guaman milik pak ciknya Zikri & Associates. Wardah sedang mengendalikan kes anak guamnya, Arissa tentang hak penjagaan anaknya Akim. Takdir Allah, Wardah bertemu kembali dengan Haiman, bekas suami anak guamnya.

“You left that day without a word! Now you’re standing in front of me with this burden and what do you expect me to do?” – Wardah

“I didn’t mean to hurt you, Wardah. I was trying so hard not to ruin your life all this while but fate brought us here.” – Haiman

Sementara itu muncul Zaki yang baru tamat belajar dari luar negara bertemu dengan Wardah. Hubungan Haiman dan Wardah kembali rapat dan akhirnya mereka berkahwin. Namun hubungan mereka ada pasang surutnya. Rumah tangga mereka diuji dengan pelbagai dugaan apatah lagi ada yang cemburu melihat kemesraaan mereka berdua.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: