Drama Nota Buat Cempaka (TV1 RTM)

NOTA BUAT CEMPAKA MYKLIK RTM

Nota Buat Cempaka adalah drama bersiri hasil adaptasi daripada novel karya Sophilea. Ia membariskan gandingan pelakon Daler Yusof dan Eyka Farhana serta diarahkan oleh Lizam Togil Ujang. Drama ini mula bersiaran pada 6 Jun 2019, setiap Khamis hingga Ahad pada jam 7 malam di TV1 RTM.

Info Drama Nota Buat Cempaka

  • Jumlah Episod: 26 episod
  • Mula Tayangan: 6 Jun 2019
  • Waktu Siaran: Khamis-Ahad, 7.00 malam
  • Stesen TV: Slot Widuri (TV1 RTM)
  • Penulis Skrip: Sofia J Rhyland
  • Pengarah: Lizam Togil Ujang
  • Produksi: A Ten Alliance
  • Senarai Pelakon: Eyka Farhana, Daler Yusof, Allan Toh, Hani Nazrina, Rosnah Johari, Syuhaida Abraz, Marisa Yasmin, Qasrina Qistina, Khairil Anwar Aman, Nadzmi Adhwa, Azhar Amir, Rahim Jailani, Ikhram Juhari, Azzahra Ahmad, Lia Asmizza, Iman Zulkarnain, Zila Bakarin

Watak Pelakon Drama Nota Buat Cempaka

  • Eyka Farhana sebagai Cempaka Elina
  • Daler Yusof sebagai Dr Luqman
  • Allan Toh sebagai Dr Mathew
  • Hani Nazrina sebagai Dyja
  • Nadzmi Adhwa sebagai Fikry

Sinopsis Drama Nota Buat Cempaka

Mengisahkan tentang Cempaka Elina (Eyka Farhana) yang bekerja sebagai jururawat mempunyai kekasih bernama Fikry (Nadzmi Adhwa). Walaupun hubungannya dengan Fikry di tentang keluarga, dia tetap memperjuangkan cintanya itu. Bagaimanapun, Fikry memalukan Cempaka dan ahli keluarganya apabila tidak hadir pada majlis pernikahan mereka.

Bagi membalas rasa malu yang ditimbulkan, Cempaka harus akur dengan permintaan ibu bapanya supaya bertunang dengan lelaki pilihan mereka iaitu Dr Luqman Haris (Daler Yusof). Dr. Luqman dijodohkan dengan Cempaka Elina atas pilihan keluarga. Luqman pada awalnya tak menunjukkan minat mula rasa tergugat apabila Dr Mathew (Allan Toh) mendekati Cempaka.

Cempaka pula merasakan dirinya sebagai orang ketiga kepada kisah cinta Luqman dan Dyja (Hani Nazrina). Cempaka juga selalu mendapat nota-nota daripada seseorang yang tidak dikenali. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah ikatan jodoh yang kuat meleburkan rasa ego dimiliki dalam diri Cempaka mahupun Dr. Luqman?

Lagu Tema / OST Drama Nota Buat Cempaka

  • Luluh – Khai Bahar

NOTA BUAT CEMPAKA MYKLIK RTMPoster Nota Buat Cempaka


Carian Berkaitan
dowload gambar pelakon nota buat cempaka, Sinopsis Nota buat Cempaka

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Anggota 4U2C, One II Meninggal Dunia
Anggota kumpulan 4U2C, One II atau nama sebenarnya Nirwan Siari meninggal dunia akibat
Telefilem Dah Mati Pun Cantik (Astro)
Dah Mati Pun Cantik adalah tajuk sebuah telefilem terbaharu yang akan ditayangkan di
Drama Dia Pengantinku (TV1 RTM)
Dia Pengantinku adalah sebuah drama bersiri 24 episod yang bakal bersiaran melalui Slot
Filem Kolong (2019)
Kolong adalah sebuah filem berunsurkan seram hasil gabungan artis Malaysia dan Indonesia. Ia

Leave a reply "Drama Nota Buat Cempaka (TV1 RTM)"