Drama Semua Salahku (TV3)

Drama Semua Salahku

Semua Salahku adalah sebuah drama bersiri yang dibintangi oleh pelakon Fasha Sandha, Fauziah Nawi, Nafiz Muaz dan Syed Aiman. Drama ini diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd. dan diarahkan oleh Along Kamaludin. Ia ditayangkan di Slot Lestary TV3 bermula 11 Julai 2019, setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di TV3.

Info Drama Semua Salahku

  • Episod: 13 episod
  • Mula Tayangan: 11 julai 2019
  • Waktu Siaran: Rabu-Jumaat, 9.00 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Lestary)
  • Penulis Skrip: Wan Mahani Hassan
  • Pengarah: Along Kamaludin
  • Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Intan Najuwa, Neera Azizi, Dayang Areeda, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiez Zaidi, Zaidi Omar, Zee Zainal, Idham Maulana, Afzan A Rahman, Aman Suwardi, Farisha Irwayu, Nor Azifah Abidin dan Idham Maulana

Watak Pelakon Drama Semua Salahku

  • Fasha Sandha sebagai Sofea
  • Nafiz Muaz sebagai Harris
  • Intan Najuwa sebagai Mira
  • Neera Azizi sebagai Shila
  • Dayang Areeda sebagai Yanti
  • Fauziah Nawi sebagai Fatimah
  • Adiba Yunus sebagai Murni
  • Fadlan Hazim sebagai Iqbal
  • Syed Aiman sebagai Rosli
  • Nafiez Zaidi sebagai Imran
  • Zaidi Omar sebagai Pak Ngah Hassan
  • Zee Zainal sebagai Amri
  • Idham Maulana sebagai Naim

Sinopsis Drama Semua Salahku

Mengisahkan tentang Sofea (Fasha Sandha), seorang anak yang derhaka pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu, Haris (Nafiz Muaz). Ketika Haris masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk menyara kehidupan.

Walaupun begitu, duit gaji Sofea dihabiskan hanya untuk bergaya dan mencari suami kaya lantas meminggirkan keperluan Haris dan ibunya Fatimah (Fauziah Nawi). Haris mula bergaul dengan rakan yang salah dan akhirnya terjerumus ke dalam kancah gejala sosial. Sofea pula ingin memikat Rosli (Syed Aiman), yang merupakan seorang pengurus kafe.

Sofea seterusnya ditimpa malang satu-persatu termasuk apabila Rosli akhirnya bertukar menjadi papa kedana. Keinsafan yang datang menggerakkan hati Sofea untuk memohon ampun daripada ibunya, namun apa yang kemudian terjadi mengundang penyesalan yang tiada sudah. Apakah kesudahan yang akan terjadi dalam keluarga ini?

Lagu Tema / OST Drama Semua Salahku

  • Perasaanku – Fieya Julia
  • Cinta Terhebat – Beta
  • Pujaan Hati – Adira Suhaimi

Carian Berkaitan
biodata idham maulana, download song ost semua salahku, drama ini semua salahku, ost semua salahku fasha

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Biodata Faez Nick, Pelakon Dan Model Berasal Dari Johor Bahru
Siapa Faez Nick? Jejaka berbadan sasa ini adalah seorang pelakon, duta dan model
Drama Mimpi Yang Sempurna (TV1)
Mimpi Yang Sempurna adalah sebuah drama bersiri hasil adaptasi novel karya Aiza Qriselda.
Biodata Yusuf Bahrin, Pelakon Berwajah Seiras Aeril Zafrel
Siapa Yusuf Bahrin? Beliau adalah pelakon dalam drama ‘Sweet Dreams‘ yang sedang hangat
Suatukala: Timun Mas & Ijo (Astro First)
Suatukala: Timun Mas & Ijo merupakan filem televisyen (FTV) berunsur komedi kembara fantasi

Leave a reply "Drama Semua Salahku (TV3)"