Drama Setelah Terlafaznya Akad (Astro Ria)

Drama Setelah Terlafaznya Akad

Drama Setelah Terlafaznya Akad adalah adaptasi novel karya Anna Milia yang menghiasi slot MegaDrama di Astro Ria dan Ria HD. Drama sebanyak 28 episod ini diarahkan oleh Michael Ang dan dibintangi oleh pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Waktu tayangannya bermula 17 Jun 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Info Drama Setelah Terlafaznya Akad

  • Episod: 28 episod
  • Mula Tayangan: 17 Jun 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • Stesen TV: Astro Ria & Astro Ria HD (Slot MegaDrama)
  • Penulis Skrip: Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Atilia Azahar
  • Penulis Novel: Anna Milia
  • Pengarah: Michael Ang
  • Produksi: Juita Viden Production Sdn Bhd
  • Pelakon: Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari

Senarai Pelakon & Watak Drama Setelah Terlafaznya Akad

  • Kamal Adli sebagai Hanan
  • Uqasha Senrose sebagai Nawal
  • Zeera Azizi sebagai Hani
  • Zulhemy sebagai Hairuddin
  • Nadya Syahera sebagai Milah
  • Sharifah Shahora sebagai Nafisah
  • Alif Muhaimin sebagai Roslan
  • Azza Suaymi sebagai Diyan
  • Norlia Ghani sebagai Tokma
  • Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah
  • Ikhram Juhari sebagai Rafiz

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad

Mengisahkan tentang Hanan (Kamal Adli) yang berusaha untuk mendapatkan semula Nawal, bekas isterinya (Uqasha Senrose) apabila dia melafazkan talak. Hanan sebenarnya telah dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah (Hamidah Wahab) setelah bercerai dengan Hani (Zeera Azizi). Sementara Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar.

Hanan mempunyai perwatakan sikap terlalu melindungi sementara Nawal pula dengan perasaan syok sendiri sebagai isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri. Tetapi, kali ini Nawal tidak lagi berkahwin pondok (kahwin main-main) apabila dia jatuh cinta sepenuh hati dengan Hanan. Dia tidak rela berpisah dengan Hanan.

Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tidak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.

Selepas melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal tidaklah sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan. Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya.

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara Hanan memujuk Nawal tambahan lagi bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.


Carian Berkaitan
setelah terlafaznya akad ep 10, astro ria online setelah terlafaznya akad, selepas terlafaznya akad, setelah terlafaz akad

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Biodata Anissa Faizul, Social Media Influencer Dari Kelantan
Siapakah Anissa Faizul? Gadis cantik yang berasal dari Kelantan ini sangat dikenali di
Biodata Cik B, Anak Dato Seri Vida
Baru-baru ini viral di laman sosial kisah tentang Cik B yang mengeluarkan wang
BoBoiBoy The Movie 2 – Sinopsis & Tarikh Tayangan
BoBoiBoy: Movie 2 adalah filem yang sangat dinantikan oleh penggemar animasi pada tahun
Biodata Syahmi Sazli, Youtuber Popular Dari Kelantan
Jika anda selalu menonton video di Youtube, anda pasti akan kenal dengan jejaka

Leave a reply "Drama Setelah Terlafaznya Akad (Astro Ria)"