Drama Tuan Danial (TV3)

Drama Tuan Danial

Tuan Danial adalah drama hasil adaptasi novel Tuan Danial karya Azizah Ami. Drama ini akan disiarkan menerusi Slot Lestary TV3 dengan menampilkan pelakon Idris Khan dan Intan Najuwa. Ia diterbitkan oleh Creative Skill Solution dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman.

Info Drama Tuan Danial

  • Episod: 13 episod
  • Stesen TV: TV3 (Slot Lestary)
  • Penulis Skrip: Nieza Nahar & Jue Zurhanisza
  • Pengarah: Idora Abdul Rahman
  • Produksi: Creative Skill Solution
  • Pelakon: Idris Khan, Intan Najuwa, Luqman Hafidz, Scha Elinnea, Atikah Suhaime, Aman Graseka, Mathni Razak, Mohd Syafi , Afifah Nasir, Noniswara, Zuhairi Ibrahim

Watak Pelakon Drama Tuan Danial

  • Idris Khan sebagai Danial
  • Intan Najuwa sebagai Tengku Ismahanim
  • Luqman Hafidz sebagai Rizal
  • Mathni Razak sebagai Azad

Sinopsis Drama Tuan Danial

Mengisahkan tentang cinta yang cuba diatur oleh keluarga Tengku Ismahanim (Intan Najuwa) dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial (Idris Khan) telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Dan alangkah teruknya apabila menjadi pembantu rumah yang serba tidak tahu membuat kerja rumah. Terjalinkah cinta mereka? Bagaimana pula Danial menangani seorang maid yang serba tidak tahu?

“Ini semua awak punya pasal Isketambola, kalau awak susun stokin saya dalam satu lipatan macam kak Hasnah buat pasti saya tak pakai stoking warna berlainan hari ni. Nasib baik setiausaha saya nampak.”

Danial mendapatkan Is yang sedang membancuh teh di dapur. Bertaut kening Is mendengarnya.

“Mak aih, salahkan orang pula. Masa Tuan Danial sarungkan tadi tak perasan ke?”

“Nak perasan apanya kalau awak tu sibuk suruh saya beli kuaci bunga matahari awak tu. Benda kecik macam tu pun nak makan,”

Danial menghulurkan plastik berisi dua bungkus kuaci ke tangan Is. Dengan tersenyum lebar Is menjawab.

“Eleh, marah-marah pun sayang juga Tuan Danial pada saya, ye?”


Carian Berkaitan
biodata drama tuan danial, Barisan pelakon tuan danial, barisan pelakon tuan daniel nama adik is, tuan daniel pelakon

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Biodata Nasz Sally, Pelakon Drama Sweet Dreams
Siapa Nasz Sally? Nasz Sally atau nama penuhnya Nazurah Hanoom Hanafie adalah seorang
Filem Dendam Pontianak (2019)
Dendam Pontianak adalah filem seram terbaharu lakonan pelakon cantik Fazura dan Remy Ishak.
Biodata Ira Kazar, Anak Kepada Pelakon Kazar
Siapa Ira Kazar? Gadis cantik ini adalah anak perempuan kepada pelakon veteran, Kazar.
Biodata Mimi Ernida, Pelakon Drama Kerana Dia Manusia Biasa
Siapa Mimi Ernida? Nama beliau mula mendapat perhatian peminat apabila membintangi filem aksi
  1. author

    S.ab razak bin ismail2 weeks ago

    Salam..sy perminat pada lakonan ibu pada tuan daniel…lakonannya seriuos tapi sy suka..harap boleh jumpa pn ini..dapat bergambar pun ok

    Reply
  2. author

    S.ab razak bin ismail2 weeks ago

    Peminat setia..lakonan yg sy suka..teringat ibu sy yg telah meninggal bila tgk lakonannya…

    Reply

Leave a reply "Drama Tuan Danial (TV3)"