Langgan newsletter kami!
Filem Geran 2019

Filem Geran (2019)

Geran‘ adalah sebuah filem terbaharu yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 10 Oktober yang lalu. Filem aksi seni persilatan ini dilakonkan oleh Namron, Fatimah Abu Bakar, Khoharullah Majid dan Feiyna Tajudin.

Bagi pengarah muda, Areel Abu Bakar, tindakan beraninya wajar dipuji apabila mengangkat kisah mengenai seni silat ke layar perak. Areel berkata, minat yang begitu mendalam terhadap seni persilatan membuatkan dia yakin untuk mengangkat kisah itu ke layar perak meskipun perlu berdepan risiko yang tinggi. Malah dia begitu berani mempertaruhkan bakat baharu sebagai watak utama kerana keutamaannya ialah mereka yang mempunyai asas dalam seni silat.

“Sejak dulu saya memang mempunyai impian untuk membawa kisah silat ke layar perak. Saya mahu silat dimartabatkan setaraf seni mempertahankan diri lain kerana tidak semua orang memahami dunia persilatan.”

Untuk rekod, pembikinan filem Geran telah tertangguh hampir tiga tahun disebabkan pelbagai halangan mendapatkan tajaan.

Info Filem Geran (2019)

  • Tarikh Tayangan: 10 Oktober 2019 (Malaysia dan Brunei)
  • Genre: Drama, Aksi
  • Pengarah: Areel Abu Bakar
  • Terbitan: Layar Pictures Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Namron, Fatimah Abu Bakar, Khoharullah Majid, Feiyna Tajudin, Fad Anuar, Taiyuddin Bakar, Niezam Zaidi, Adam Shahz, Megat Shahrizal, Azlan Komeng, Aeril Zafrel

Watak Pelakon Filem Geran

  • Namron sebagai Pak Nayan
  • Khoharullah Majid sebagai Ali
  • Fad Anuar sebagai Arip
  • Feiyna Tajudin sebagai Fatimah
  • Azlan Komeng sebagai Kahar
  • Taiyuddin Bakar sebagai Mi Piang

Sinopsis Filem Geran

Mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Pak Nayan dan Haji Daud yang juga rakan seguru dalam ilmu persilatan. Disebabkan ada sejarah pahit yang berlaku di antara mereka berdua, masing-masing saling berdendam dan persengketaan terus berlarutan sehingga anak mereka meningkat dewasa.

Anak-anak Pak Nayan, Ali dan adik perempuannya, Fatimah berasa amat marah dan kesal dengan adik bongsu mereka, Mat Arip yang tidak pulang ke rumah membawa bersama geran tanah pusaka.

Mat Arip sebaliknya terlibat dengan kumpulan liar yang terbabit dengan aktiviti perlumbaan kereta secara haram dan perjudian selain mencagarkan geran tanah pusaka kepada Haji Daud.

Sebagai abang sulung, Ali bertanggungjawab untuk mencari dan membawa pulang Mat Arip kembali ke pangkuan ayah mereka, Pak Nayan.

Apakah yang dilakukan oleh Haji Daud kepada keluarga Pak Nayan? Saksikan Geran di pawagam berdekatan anda sekarang.

Trailer Filem Geran

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: