Langgan newsletter kami!
Filem Wangi 2019

Filem Wangi (2019)

Wangi adalah sebuah filem ‘psycho thriller’ yang diarahkan oleh Mohd Latiff Zami dan membariskan pelakon hebat iaitu Erra Fazira, Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda dan Syazwan Zulkifli. Ia bakal ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 5 September 2019. Proses penggambaran filem ini telah mengambil masa selama dua minggu di beberapa buah lokasi seperti di Kuala Lumpur serta Manchester dan Liverpool (England).

“Untuk filem baharu terbitan syarikat saya ini, ‘Wangi’ merupakan tajuk yang sukar ditafsirkan kerana ia subjektif dan bergantung pada persepsi individu. Filem ini memaparkan kisah tentang sebuah keluarga bahagia dari pandangan zahirnya, tetapi di sebaliknya ia mempunyai rahsia hitam yang tersembunyi”

Info Filem Wangi

  • Genre: Seram
  • Tarikh Tayangan: 5 September 2019
  • Klasifikasi: 18
  • Genre: Seram
  • Durasi: 1 Jam 31 Minit
  • Cerita Asal: Shuhada Mohd
  • Pengarah: Yeop Hitler (Mohd Latiff Zami)
  • Penerbit: Shuhada Mohd (Adda)
  • Produksi: Resilience Studio
  • Senarai Pelakon: Erra Fazira, Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Mia Nasir, Syazwan Zulkifly, Nik Adam Mika, Ruminah Sidek

Watak Pelakon Filem Wangi

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Khuzairi
  • Erra Fazira sebagai Nor
  • Nabila Huda sebagai Bella
  • Syazwan Zulkifly sebagai Azlan
  • Nik Muhammad Ada Mikael sebagai Khiri
  • Mia Nasir sebagai Mia

Sinopsis Filem Wangi

Mengisahkan tentang Nor (Erra Fazira) yang baru pulang ke rumah setelah melahirkan cahaya mata kedua. Dia dan suaminya, Khuzairi (Sharnaaz Ahmad) memiliki seorang anak lelaki istimewa berusia tujuh tahun. Sepanjang tempoh berpantang, Nor telah dijaga oleh ibunya.

Dalam pada itu, Nor juga menyedari ketiadaan pembantu rumah dan merangkap adik angkatnya, Bella (Nabila Huda). Khuzairi memberitahu bahawa Bella telah berhenti dan pulang ke Amsterdam dengan alasan berkahwin dengan kekasihnya (Syazwan Zulkifli).

Bagaimanapun, Nor berasa pelik memandangkan Bella tidak pernah menceritakan tentang perkahwinan dan bermulalah misteri tentang kehilangan Bella serta kejadian-kejadian pelik yang berlaku ke atas dia dan keluarganya.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: