FoodPanda Kurangkan Caj Penghantaran Makanan Bagi Tahun 2019

Foodpanda Riders Malaysia

FoodPanda merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan tempahan dan penghantaran makanan terus kepada pengguna. Kini, bagi tahun 2019, pihak FoodPanda mengumumkan yang mereka akan mengurangkan caj untuk penghantaran makanan jika pesanan dipesan menggunakan platform mereka.

Menurut FoodPanda, bermula 1 Januari 2019 ini, pelanggan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan dicaj sebanyak RM3 untuk penghantaran berbanding RM5 sebelum ini. Di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu pula akan dicas RM2 sahaja untuk penghantaran. Wow murahnya!

Pada masa yang sama juga, kini perbelanjaan / order minima bagi makanan adalah sebanyak RM10 sebelum dapat menggunakan perkhidmatan FoodPanda.

Selain FoodPanda, terdapat satu lagi perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk penghantaran makanan iaitu Grab Food, di mana mereka mengecaj pengguna sebanyak RM5 untuk setiap penghantaran.

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Resepi Rahsia Goreng Pisang Rangup
Pisang goreng atau goreng pisang merupakan makanan yang sedap dimakan di waktu petang.
Resepi Kerabu Kerang Ala Thai Yang Sedap
Bagi anda yang kekeringan idea untuk menyediakan menu makan tengah hari, boleh cuba
Buah Kurma dan Pelbagai Khasiat Mengenainya
Apa Itu Kurma Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis
Fucuk dan Cara Memasaknya
Apa Itu Fucuk? Sayur pucuk sering menjadi ramuan utama dalam penyedia­an sup sayur.

Leave a reply "FoodPanda Kurangkan Caj Penghantaran Makanan Bagi Tahun 2019"