Hati-hati Dengan Serangan Bad Rabbit Ransomware Baru Yang Mengancam Dunia

Bad Rabbit Ransomware

Dunia perkomputeran sekali lagi dikejutkan dengan ancaman siber ransomware terbaru dan pada masa ini, dikenali sebagai ‘Bad Rabbit’ yang telah dikesan menular di benua Eropah. Ransomware Bad Rabbit ini adalah sejenis variasi daripada ransomware WannaCry yang mengancam dunia pada bulan Mei 2017 yang lalu dan juga ransomware Petya yang berlaku pada bulan Jun.

Seperti juga jangkitan ransomware WannaCry dan Petya, jangkitan Bad Rabbit ini akan mengakibatkan penggunaan komputer anda akan terhenti serta-merta kerana komputer anda telah dikunci melalui kaedah enkripsi. Wang tebusan sebanyak 0.05 Bitcoin bersamaan lebih kurang RM1,185.00 akan diminta untuk membuka enkripsi tersebut.

Langkah Pencegahan Daripada Serangan Bad Rabbit Ransomware

  1. Melakukan “backup” fail dan maklumat penting secara berkala untuk menghadkan kesan data atau kerugian sistem dan untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan. Sebaiknya data yang di “backup” perlu disimpan pada peranti berasingan dan disimpan di luar talian.
  2. Pastikan sistem operasi dan perisian beserta “anti-virus” telah dikemaskini dengan “patches” yang terkini khususnya “MS17-010 Microsoft Security bulletin”
  3. Pastikan tidak membuka atau klik pada sebarang pautan dan emel yang tidak dikenalpasti sumbernya.
  4. Tidak memuat turun fail kemaskini Adobe Flash dari sumber yang selain dari web pembekal Adobe yang sah.
  5. Melakukan sekatan ke atas URL berikut:
    [http://1dnscontrol[.]com/]http://1dnscontrol[.]com/
  6. Menghalang sebarang capaian “host” melalui port SMB (139, 445) dan jika capaian SMB diperlukan juga, pastikan “host” telah dikemaskini dengan “patch MS17-010”.
  7. Bagi mengelakkan dijangkiti Bad Rabbit, pengguna adalah dinasihatkan untuk mewujudkan kedua-dua fail yang dinyatakan di bawah ke dalam direktori C:\windows dan “Deny – all permission” bagi kedua-dua fail tersebut.
    C:\windows\infpub.dat
    dan C:\windows\cscc.dat
  8. Mengasingkan sistem yang tidak dikemaskini dari rangkaian.

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #Bad Rabbit Ransomware

Apa Itu Bitcoin? Sedikit Panduan Untuk Anda
Apa Itu Bitcoin? Bitcoin adalah cryptocurrency. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami orang,
Cara Mengecas iPhone Sepantas 5 Minit Sahaja
Masalah jangka hayat bateri merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh pengguna telefon
Cara Semak iPhone Original atau Fake
Aррlе semеmаngnya tеrkеnаl dеngаn kualiti dan trademark produk yang tersendiri serta servis ѕеlераѕ
WhatsApp dengan Fungsi Tagging Baru
Aplikasi messenger paling popular, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi tagging pada mesej berkumpulan (group),

Leave a reply "Hati-hati Dengan Serangan Bad Rabbit Ransomware Baru Yang Mengancam Dunia"