Himpunan Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi & Moden

acne pimples jerawat girls

Jerawat atau Acne Vulgaris (istilah dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu fenomena biologi yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan.

Sebenarnya, jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai punca seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit). Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Jerawat terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

  1. Jerawat ringan
    Timbul bintik putih dan/atau hitam pada wajah.
  2. Jerawat sederhana
    Jerawat dengan bintik putih dan/atau hitam dan berlaku di banyak tempat.
  3. Jerawat teruk
    Bengkak yang dalam (jerawat batu) dan menyakitkan di bawah kulit tidak kira bernanah atau tidak.

Berikut adalah petua dan tips yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat ini.

Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi

1. Serbuk Kunyit
Serbuk kunyit dijadikan pes dengan mencampurkan sedikit air dan satu sudu serbuk kunyit. Kemudian, sapu pada jerawat untuk beberapa minit.

2. Jus Lemon
Perah lemon untuk mendapatkan jusnya. Ambil bebola kapas, celup pada jus lemon dan letakkan pada jerawat selama 20 minit sebelum dibilas.

3. Ais
Ambil ais kiub atau ais bersaiz kecil. Letakkan pada jerawat untuk mengecutkannya.

4. Daun Pudina
Daun pudina dikisar dengan sedikit air untuk mendapatkan jus. Setelah ditapis, sapu jus daun pudina di wajah dan biarkan semalaman sebelum dicuci.

5. Madu
Gunakan bebola kapas yang dicelup madu dan tekapkan pada kawasan jerawat. Madu merupakan sumber antioksidan dan mampu menghapuskan bakteria serta mengurangkan radang.

6. Aloe Vera
Gunakan sudu untuk keluarkan gel dari aloe vera dan sapu pada jerawat. Gel pada aloe vera mengandungi asid salisilik dan sulfur iaitu antara bahan yang mampu melawan bakteria penyebab jerawat.

7. Teh Hijau
Rendam teh hijau dalam air panas selama 3-4 minit. Kemudian sapu pada jerawat selama 10 minit sebelum dibilas. Antara bahan terkandung dalam teh hijau ialah flavonoid, tannin dan antioksidan yang mampu melawan bakteria dan keradangan.

8. Minyak Tea Tree (Tea Tree Oil)
Campurkan 1 bahagian minyak tea tree dengan 9 bahagian air (nisbah 1:9). Sapu pada jerawat menggunakan kapas 1 atau 2 kali sehari. Tea tree (juga dikenali Gelam Wangi) terkenal dalam mengurangkan jerawat dan keradangan kulit serta melawan bakteria. Namun berhati-hati menggunakannya kerana kemungkinan kesan sampingan seperti alergi, iritasi atau kulit kering.

Cara Menghilangkan Jerawat Secara Moden

Menggunakan ubat-ubatan berbentuk ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci bentuk cecair) atau ubat makan (pil, kapsul).

1. Emollients
Berfungsi mencairkan daki/sisa terutama di zon T yang berminyak. Selain itu ia menyingkirkan sel mati yang menyumbat liang roma serta mengekalkan kelembapan kulit. Contoh produk adalah Balneum.

2. Benzoil Peroksida, Asid Benzoik, Asid Salisilik
Bertindak membunuh bakteria seterusnya menghalang pembiakan bakteria. Contoh adalah Panoxyl (Benzoil Peroksida), Clearasil (Asid Benzoik) dan Palmer’s Skin Success Anti-Acne Medicated (Asid Salisilik).

3. Hormonal (termasuk pil perancang keluarga)
Menghalang penghasilan minyak dan mengawal pengeluaran sebum dalam kelenjar minyak. Contoh adalah Diane 35.

4. Antibiotik
Bertindak dalam membunuh kuman, menghalang pembiakan bakteria dan mengurangkan bengkak serta kemerahan. Contoh antibiotik adalah seperti C-mysin, Dalacin-T, Topicil (Clindamycin).

5. Retinoids
Menghalang liang roma dari tersumbat dan memberi kesan anti-radang. Contohnya adalah Isotrex, Oratane (Isotretinoin).

6. Steroid
Steroid berfungsi dalam mengurangkan keradangan.

7. Zat Besi Tambahan (Zinc Supplement)
Mengambil zat besi tambahan secara oral membantu mengurangkan jerawat. Mineral zat besi memainkan peranan untuk penyembuhan luka dan mengurangkan radang.

8. Minyak Ikan (Fish Oil Supplement)
Mengandungi 2 jenis asid lemak omega-3 iaitu eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA). EPA mengawal penghasilan minyak dan kelembapan kulit. Paras EPA dan DHA yang tinggi mengurangkan keradangan dan risiko mendapat jerawat.

Ternyata ada pelbagai cara yang boleh dicuba untuk menghilangkan jerawat. Namun, kita mesti tahu cara yang mana sesuai dengan kulit agar tidak memudaratkan. Selain itu, kita harus merujuk kepada doktor atau pakar kulit (dermatologist) untuk nasihat perubatan. Ini kerana terdapat masalah jerawat serius yang memerlukan rawatan tertentu seperti pembedahan atau rawatan laser.

Sumber:

  • PORTAL MyHEALTH
  • The Asian Parent Malaysia
  • Healthline

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Al-Fatihah: Pengasas Dnars Skincare Maut Kemalangan
Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad maut selepas terlibat dalam kemalangan
Tips Simple Cara Cegah Jerawat
Jerawat bukan sahaja menyakitkan malah menjejaskan penampilan. Jerawat adalah perubahan pada kulit atau
Cara Mengecilkan Liang Pori Hanya Dengan Bahan Semulajadi
Kulit yang licin, lembut, halus dan mulus tanpa sebarang cela sememangnya menjadi dambaan
Petua Mudah Untuk Kempiskan Perut
Setiap orang pasti mengimpikan untuk memiliki perut yang kempis. Namun bila kita kurang

Leave a reply "Himpunan Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi & Moden"