Langgan newsletter kami!
Poster Abang Bomba I Love You

Hisyam Hamid dan Amira Othman Dalam Abang Bomba I Love You

Drama Abang Bomba I Love You adalah drama terbaru yang bersiaran di Astro Ria dan Astro Ria HD. Ia memulakan tayangan pada 12 September 2016 dan akan bersiaran sebanyak 16 episod. Drama ini dibintangi oleh Hisyam Hamid, Amira Othman dan Nadya Syahera.

Jom kita lihat sinopsis dan gambar menarik Amira Othman ketika penggambaran drama ini.

 

Sinopsis Drama Abang Bomba I Love You

Drama ini mengisahkan tentang Lily, lakonan Amira Othman yang berkenalan dengan seorang anggota bomba bernama Rayqal yang dilakonkan oleh Hisyam Hamid. Hubungan mereka menjadi rapat setelah Rayqal seringkali menyelamatkan nyawa Lily. Ini secara tidak langsung menjadikan Lily beranggapan yang Rayqal sebagai penyelamat dan pelindungnya.

Lily seterusnya berasa kagum dengan kerjaya Rayqal dan mula melakukan pelbagai kejutan untuk menarik perhatian superheronya itu. Tetapi Rayqal menganggap hubungannya dengan Lily sekadar hubungan adik-abang dan tidak lebih dari itu.

Hubungan akrab mereka mula renggang tatkala Mawar, kakak kandung Lily lakonan Nadya Syahera dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan berjauh hati. Justeru, hubungan rapat antara Rayqal dan Lily terlerai akibat fitnah dari Mawar.

Percintaan Rayqal dan Mawar telah hampir membawa mereka ke gerbang perkahwinan dan ini membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta silamnya itu. Salahkah seorang gadis remaja jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan cintanya terhadap Rayqal? Akan bahagiakah hubungan antara Mawar dan Rayqal selepas Mawar menabur fitnah ke atas adik kandungnya itu?

Apakah akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Jangan lupa mengikuti drama Abang Bomba I Love You!

#abgbombailoveyou

 

Gambar Menarik Abang Bomba I Love You

Poster Abang Bomba I Love You

Foto Menarik Drama Abang Bomba I Love You

Pasangan Hisyam Hamid Dan Amira Othman

Selfie Abang Bomba Rayqal Amira Othman

Selfie Hisyam Hamid Dan Nadya Syahera

Watak Amira Othman Pakai Baju Sekolah Dalam Abang Bomba I Love You

Watak Lily Amira Othman Dalam Abang Bomba I Love You

Abang Bomba I Love You Wefie Bersama Amira Othman

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Best la tengok ” ABANG BOMBA I LOVE YOU ”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: