Imbasan Trend Fesyen 2016

Fesyen 2016 Header

Saban tahun, kita menyaksikan trend fesyen bersilih ganti dan berulang di pentas runway yang menjadi ikutan pengguna. Mari kita imbas tiga trend utama fesyen yang telah mempelopori tahun 2016!

Kajian melalui Google Data menunjukkan trend yang paling menyerlah pada tahun ini di sekitar United States dan United Kingdom merupakan military chic, free-spirited dan ready-to-go yang sudah tentu kita dapat melihat popularitinya di Malaysia juga. Butik pakaian berjenama  membawa masuk trend-trend ini ke negara kita dan pusat membeli belah utama menjual pakaian-pakain berikut dengan meluas.

 

Jaket Bomber

Gambar Bomber Jacket

Army Green Bomber Jacket For Muslimah Girl

Jika suatu ketika dahulu kaum wanita sinonim dengan pakaian feminin seperti skirt dan gaun, hari ini kaum wanita turut mengenakan pakaian maskulin seperti jaket bomber yang memberi elemen edgy pada gaya mereka.

Jaket bomber ini pada asalnya direka untuk memanaskan badan juruterbang tentera dan diperbuat daripada kulit. Walau bagaimanapun, semenjak ia menjadi trend fesyen, jaket bomber telah mengalami pelbagai pengubahsuaian. Ia dibuat melalui material yang lebih ringan seperti satin dan sutera, warna-warna yang terang seperti pastel serta ditambah sulaman floral menjadikannya sangat sesuai untuk dipakai oleh kaum wanita.

Jaket bomber ini sebenarnya sangat sesuai dengan kaum Muslimah kerana ia tidak mendedahkan bentuk tubuh badan, jadi tidak hairanlah jika gadis-gadis bertudung di negara kita ini sangat gemar dengan jaket bomber!

 

Baju off-the-shoulder

Off The Shoulder Dress

Muslimah Off Shoulder Dress

Sangat feminin, baju yang mendedahkah bahagian bahu ini menjadi kegilaan ramai pada tahun 2016. Selesa dan mudah digayakan, tidak hairanlah baju off-the-shoulder turut sama digayakan oleh gadis-gadis yang bertudung. Mereka melapiskan baju ini dengan pakaian lain di bahagian dalam. Kebanyakan baju off-the-shoulder memiliki material renda dan denim yang sangat menarik hati.

 

Rompers

Muslimah Romper Dress

Gadis Bertudung Dengan Fesyen Romper

Rompers adalah pakaian yang paling mudah dipakai untuk kelihatan bergaya! Si pemakai hanya perlu menyarungnya dan segera keluar dari rumah. Ia sangat selesa sehingga terasa seperti memakai baju tidur tetapi sesuai dipakai ke tempat kerja mahupun untuk makan malam.

 

Ramalan trend fesyen tahun 2017

Adakah anda ingin mengetahui trend fesyen yang diramalkan untuk tahun akan datang? Nantikan artikelnya minggu hadapan.

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...
Al-Fatihah: Pengasas Dnars Skincare Maut Kemalangan
Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad maut selepas terlibat dalam kemalangan
Tips Simple Cara Cegah Jerawat
Jerawat bukan sahaja menyakitkan malah menjejaskan penampilan. Jerawat adalah perubahan pada kulit atau
Cara Mengecilkan Liang Pori Hanya Dengan Bahan Semulajadi
Kulit yang licin, lembut, halus dan mulus tanpa sebarang cela sememangnya menjadi dambaan
Himpunan Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi & Moden
Jerawat atau Acne Vulgaris (istilah dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu fenomena biologi yang

Leave a reply "Imbasan Trend Fesyen 2016"