Inilah Lagu Khai Bahar dan Siti Nordiana Yang Viral Di Aplikasi Smule


Semenjak beberapa hari lalu, video duet melalui aplikasi karaoke Smule antara Khai Bahar dan Siti Nordiana menjadi viral di laman sosial Facebook, Twitter, Whatsapp dan WeChat. Lagu Memori Berkasih nyanyian asal Siti Nordiana dan Achik Spin yang dimuatnaik oleh Khai sendiri sejak 16 April 2016 lalu, kini telah ditonton melebihi satu juta pengunjung di YouTube.

Siapakah dia Khai Bahar? Khai Bahar, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul ialah seorang penyanyi busking di sebuah restoran di Sarawak. Beliau yang berumur 22 tahun mengakui tidak menyangka lagu duetnya itu membuatkan telah dirinya dikenali ramai. Lantaran hal itu, tuahnya terus bersinar dengan lamaran syarikat rakaman NAR Records untuk menjadi artis rakaman mereka dengan kontrak 2 tahun.

“Sebelum ini saya memang sudah mempunyai laman sosial sendiri di YouTube dan sering memuat naik video karaoke.”

Bercerita kepada Media Hiburan, Khai memberitahu yang dia sebenarnya pernah mencuba nasib untuk mengikuti pertandingan nyanyian popular Akademi Fantasia sebanyak dua kali namun gagal. Tahniah Khai Bahar kerana impiannya untuk menjadi artis rakaman termakbul jua. Moga terus berjaya di masa akan datang.




Carian Berkaitan
khai bahar wechat, id wechat aiman tino, id wechat khai bahar, biodata khai bahar

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #khai bahar dan nana

Biodata Instafamous Kembar – Eira Tajudin & Eika Tajudin
Siapa tak kenal gadis comel bernama Eira Tajudin dan Eika Tajudin ini. Gadis
Biodata Cupcake Aisyah, Vlogger Comel Serba Boleh
Siapakah Cupcake Aisyah? Gadis comel ini adalah seorang instafamous dan vlogger popular. Memiliki
Biodata Sharifah Rose Sabrina, Instafamous Cantik Bertudung
Siapakah Sharifah Rose Sabrina? Adakah beliau setanding dengan seorang lagi instafamous yang popular
Biodata Taufiq Hanafi, Pelakon Berasal Dari Pontian
Siapa dia pelakon Taufiq Hanafi ini? Dalam kemunculan terbaru di kaca TV, Taufiq Hanafi

Leave a reply "Inilah Lagu Khai Bahar dan Siti Nordiana Yang Viral Di Aplikasi Smule"