Janji Allah Pada Orang Yang Suka Bersedekah


Sedekah merupakan tindakan yang mulia dengan tujuan meringankan beban atau membahagiakan hidup orang lain. Bukan setakat barang dan wang ringgit, malah senyum pun sudah dinilai sebagai sebuah sedekah. Sedekah merupakan amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam. Selain dapat membantu sesama manusia, Allah SWT juga akan membalasnya dengan pahala bagi mereka yang ikhlas melakukannya.

Berikut adalah janji-janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah.

1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah
Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya.

Rasulullah SAW, beliau bersabda :
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)

2. Dapat berteduh di hari kiamat
Nabi SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar.
Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda :
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
(HR. Bukhari )

3. Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak

Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari.

Rasulullah SAW bersabda :
“Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikkan baginya”
(HR. Muslim)

4. Dapat Membebaskannya dari Siksa Kubur

Rasulullah SAW bersabda,
“Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” [HR. Ath-Thabrani]

5. Terdapat Pintu Surga Hanya Untuk Orang Yang Bersedekah

Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW  bersabda,
“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” [HR. Bukhari dan Muslim]


Carian Berkaitan

sedekah, bersedekah air puteh

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Panduan Lengkap Solat Tahajud
Apa Itu Solat Tahajud (Tahajjud) Solat Tahajud adalah salah satu amalan sunnah yang
Amalan Sunnah Menyambut Bayi Baru Lahir
“Alhamdulillah, terima kasih Allah”. Ucapan tersebut adalah biasa bagi mereka yang melalui pengalaman
Bacaan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW
“Ya Hanana.. Ya Hanana.. Ya Hanana” Tiga orang kanak-kanak lelaki sedang asyik mendendangkan
Apa Maksud Tabayyun
Maksud Tabayyun Perkataan tabayyun ini diambil dari bahasa Arab. Ia merupakan fiil amr
  1. author

    riangria9 months ago

    lebih banyak kita bersedekah dengan ikhlas. lebih banyak pahala yang kita dapat..

    Reply

Leave a reply "Janji Allah Pada Orang Yang Suka Bersedekah"