JPJ Untung RM22Juta Jual Nombor Plat Siri ‘V’


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti mendapat durian runtuh selepas ia mendedahkan bahawa ia telah mengumpul sejumlah rekod RM22 juta daripada lelongan nombor plat siri ‘V’, menurut satu laporan oleh akhbar Malay Mail.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata koleksi itu hebat, kerana lelongan sebelum ini hanya dapat sekitar sehingga RM10 juta sahaja. Beliau menambah bahawa jabatan itu boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan lebih banyak nombor plat yang ‘fancy’ pada masa akan datang berikutan kejayaan ini.

“Kementerian terkejut dengan respon dan minat orang ramai terhadap no plat baru bagi Kuala Lumpur ini” katanya dalam satu laporan oleh Harian Metro. “JPJ akan memperkenalkan nombor plat pendaftaran kenderaan baru yang lebih unik selepas berikutan permintaan tinggi daripada orang ramai,” katanya.

Baru-baru ini, jabatan itu mengeluarkan senarai rasmi pemenang tawaran dari tender nombor plat ‘V’. Nombor pendaftaran yang paling mahal iaitu ‘V1’ telah berjaya dibida oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dengan bidaan berjumlah RM989,780.


Carian Berkaitan

daftar plat siri V

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #No plat V

Panduan Lengkap Cara Buat Duit Dengan Uber
Perkhidmatan Uber kini menjadi satu fenomena baru dalam sistem pengangkutan di bandar-bandar besar
Proton Wira Mendahului Carta Kereta Paling Banyak Dicuri
Laporan terkini yang dikeluarkan oleh General Insurance Association of Malaysia (PIAM) menunjukkan secara
Honda Civic FC 2016 Generasi Ke-10 Yang Sungguh Mengujakan
Seperti yang sedia maklum, Honda adalah satu jenama besar dalam industri automotif dan
Kereta Sport Mewah Lamborghini Milik Datuk Seri Vida
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah peribahasa tepat yang

Leave a reply "JPJ Untung RM22Juta Jual Nombor Plat Siri ‘V’"